Monday, November 27, 2006
Happy Cakes
Friday, November 24, 2006
A day off
I’m glad it’s a day off. An unexpected phone call woke me up this morning and I spent the whole day with chores I left behind during work days. Assisted Mak with groceries at TESCO and drove her around to anywhere she wanted to go. Later after the Friday prayers, I sent my highline to an express service at BBB, that part was a deal Abah made me do. Tried my very best not to think about work, but the first thing I can remember when I woke up was work. What’s become of me?
I did something I should do long ago. Some people seem very comfortable in their comfort zone but things are about to change. Just wait and see. Since I’m the one who call the shot, one slip of the tongue could get all of us into big trouble. I did learn a valuable lesson though that one email can cause someone’s future down the drain. Absurd but true. Just hope that I can pull this off without drawbacks.
Thursday, November 16, 2006
JB - Day 4
Jam
Minyak ada suku, kena isi dulu before drive balik KL. Sebelum toll dah nampak Petronas, Apiz siap bagi signal, aku ikut bagi signal, alih-alih jalan masuk tu ada kon berderet-deret. Ciss! Apa kes jalan tutup ni! Lepas tu Apiz buat kamikaze turn masuk ikut jalan kluar Petronas tu, aku dah terlansung terus stop tepi jalan. Apiz suruh aku kamikaze reverse ke Petronas tu. Nak tak nak ku ikutkan jugak reverse. Selesai isi minyak, telan Uphamol sebijik, we all continue dengan perjalanan.
Weather ok jer, tak seteruk waktu bertolak je JB tu hari. Sampai kat Machap, budak-budak nak berhenti – leaking. Kononnya nak solat & lunch dulu baru continue, tapi kedai makan semuanya tutup. Last-last berhenti makan kat Restoran Jejantas Ayer Keroh. Lepas sejam lebih berhenti rehat,, continue ke destination. Sampai office lebih kurang jam
Wednesday, November 15, 2006
JB - Day 3
"Abiskan aje lah kfc tu"... kata kak Bib
Petang ada gak module yang ready untuk closing, kejap je diorang verify, cuma kita je tak sempat nak cover semuanya in one night. Malam kul 7 lebih, perut dah start rasa lapar. Lepas maghrib, we all siap-siap nak gi makan. Apiz tak ikut sebab nak ke rumah mak mertua katanya. Kami berlima je lah yg meredah Jln Skudai tu ke gerai-gerai dekat Dataran Bandaraya tu. Sampai destinasi je, perkara yang sama berlaku, berpusu-pusu gak brader-brader dan kakak-kakak yang melambai-lambai dengan harapan kami duduk di kawasan mereka. Dah mula la sessi tolak menolak, “Eh pilih la bib” … “Ehhh saya pulak, kak Ain pilih lah” … Last-last ibu mengandung tu jugak yang pilih hehe. Berkat pilihan ibu mengandung la, we all makan malam ni tersangatlah kenyangnye. Makanan pun pedas & superb! Malam ni Erica makan, tak diet lak.
My work area. Takde kerusi lain, so dok kat sofa je lah. Empuk.
Lepas makan, gi gerai rojak buah & tauhu bakar berdekatan. Lama gak menunggu pakcik tu buat rojak buah, nampak cam sedap je tauhu bakar tu, tapi malam ni perut tak boleh nak isi dengan yang berat-berat lagi, dah over loaded. Lepas tu sessi bergambar dekat Dataran Bandaraya. Memalam ni apa sangat yang nampak, jam besar tu for sure nampak.
Balik dari Dataran, Meen & Raha sambung keje. Tengah-tengah capture error, mata ngantoks teramat sangat, ku tinggalkan aje notebook tu terbukak terus masuk selimut, yang lain continue keje. Entah bila masing-masing balik bilik pun tak tau lah.
Kerja-kerja yang bakal menanti di office.
Tuesday, November 14, 2006
JB - Day 2
Malam ni tak kemana, tak larat nak kluar. Since ada org offer nak gi tapau KFC, so we all kenduri KFC je malam ni. Bentang today's berita harian kat atas wood flooring yg sejuk dan licin ni, masing-masing bersila menikmati ayam kfc sehingga menjilat jari. Erica sorang je tak makan, diet kot. Kenyang sgt, sampai tak boleh nak tido, perut semacam je kenyang, so layan tv la tgk pengantin popular.
Monday, November 13, 2006
JB - Day 1
Malam, pi cari makan kat gerai2 berdekatan. Redah je, bukan familiar pun tempat ni, tapi takde lah sesat. Sampai je kat tempat makan, berpusu-pusu brader-brader gerai tu melambai tangan, ajak duduk kat kedai masing-masing. Rimas gak, sebab semua orang pandang & tak tau nak pilih gerai mana. Lepas makan, tanya brader gerai tu kat mana kedai runcit terdekat, yelah peti ais besar dalam bilik kalau tak diisi takde maknanya. Brader tu tunjuk jalan lain, aku masuk jalan lain, tapi jumpa jugak akhirnya kedai yang dicari-cari. Rupanya kawasan gerai yg kami pegi makan tu dekat je dengan Dataran Bandaraya. Balik membeli-belah, sambung keje. Sebelum dozz off, seingat aku Meen sorang je yg ngadap PC, yg lain dah selamat belayar agaknye, termasuk aku.
From different angle.
Sunday, November 12, 2006
Submission Day
Lepas tu, lepak office sat check apa yang patut, around 12:00PM bertolak gi open house kat Kinrara dengan Bib & Echah. Echah siap terlentok lam kete, penat lah tu, mana taknya, mama dia keje, dia pon kena keje gak weekend .. Thanks to tuan rumah sbb jemput kami.
Baby gap, buah hati pengarang jantung tuan rumah
Byk tul koleksi fridge magnet tuan rumah ni, jeless!!
Friday, November 10, 2006
Countdown to Deadline - 1 day
My head spins & my stomach aches, but that rojak ayam was superb!, sehingga menjilat garpu. Nasib baik K.Shikeen teman gi Azhar Maju ... been craving for the rojak since the first time I've tasted it yesterday. I would give it a four star for being not to sweet and tasty. Sorry, no pictures to describe the look.
So much for today's entry, I'm outta the office. Ought to get some sleep and get pump up for tomorrow's chores. Roger n out.
Tuesday, November 07, 2006
Shocking news
I’m tired. The hassles and bustles towards 2007 really left me exhausted. I need a break, but I don’t think I will get it in this near future. I received a shocking SMS at
It’s nearly
Monday, November 06, 2006
So Much To Do, Yet So Little Time
I’ve been busy lately with the preparations for the year end project closing. Next week’s workshops will be an added nightmare to my schedule. I’ve heard that there will be a raya gathering that I’ll miss next week, unlucky me. Same goes to a few of us who have to follow me battling our way in project beta testing, poor them. We know we have a mission to accomplish. Just hope that I get the teamwork that I’ve expected.
Saturday, November 04, 2006
Cerita Edisi Raya
Hari ni genap raya 12 hari. Terasa lama tak melayan blog ni, bersawang pulak kalau ditinggalkan lama. Kalau diikutkan hati, hari-hari nak post entry tapi masa tak mengizinkan, lebih-lebih lagi selepas raya ni. Jika penghujung tahun kian hampir, tugas-tugas harian di pejabat pun semakin bertambah.
Kalau tiba masa pengumuman raya, aku lah antara orang yang paling gembira, tak sabar-sabar menunggu depan tv. Tapi tu dulu, tahun ni, pengumuman raya terlepas dari pandangan. Sibuk berbuka di luar gamaknya. Undangan berbuka paling banyak pada minggu terakhir puasa. Ku gagahkan jua untuk tidak menghampakan sesiapa.
Sehari sebelum raya, tak banyak yang perlu dibereskan. Lemang segera Mak yang famous tu kami keluarkan dari menu sebab tak mahu lihat mak seharian di dapur. Cukup sekadar nasi beriyani yang menjadi juadah wajib sejak dua menjak ni, kari daging untuk nenek, pajeri nenas permintaan Mak Teh & rendang ayam. Ketupat, lemang, lontong, rendang daging, ayam goreng berempah, sambal sotong kering, sayur lodeh, semuanya akan dapat kami nikmati di rumah nenek nanti.
Malam raya, tinggal aku bertiga dengan Mak & abg lan. Abah dan abg sham ke rumah nenek membantu menyambut rombongan takbir dari masjid dan surau berdekatan. “Ramai betul”, kata Abah. Lebih kurang 150 orang ahli rombongan. Ramai yang membantu selain Abah dan abg sham, mak Teh, pak usu dan pak lang sekeluarga pun ada sama.
Pagi raya, selepas solat raya ada juga kenalan dan saudara mara datang berkunjung. Bila kunjungan agak reda sedikit baru kami bertolak ke rumah nenek. Janggal betul rasanya kalau tak kesana. Sejak Nenek belah Mak dah takde, di situlah tempat kami bertandang seharian raya pertama. Tahun ni ada members of the clan yang tak ada, Pak Andak sekeluarga masih di Liverpool, Mak Ngah di rumah melihat-lihatkan Ita yang baru sahaja melahirkan & Fatimah dan Aisyah yang berada di Mesir. Memang menjadi tradisi setiap tahun rumah nenek akan menerima kunjungan sanak saudara yang ramai di raya pertama, maklumlah bilangan orang-orang tua yang tinggal boleh dibilang dengan jari. Riuh rendah kalau semuanya ada, bertambah meriah lagi suasana. Selalunya bila malam tiba, masing-masing mula berangkat pulang. Semoga tahun hadapan semuanya dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur agar dapat berkumpul lagi seperti biasa di hari mulia bulan mulia ni.