Wednesday, June 30, 2010

Birthday Datang Lagi

Yer ... one year older. Birthday tahun ni takde celebration, tapi alhamdulillah rezeki tu murah.

First, dapat ke Bandung. Walaupun dikira bekerja ... kira dapat tgk negeri orang pun dah ok banget!


Second, dapat Aspire Timeline X with i5 processor... thanks a zillion bro, baru je wish dalam hati nak beli notebook ... a wish came true la nampaknya :)


Also a wish came true ... Khalisya hit the average weight of normal babies ... u go girl!!

And a few more things yang tak di sangka-sangka ..... :)

Alhamdulillah .....

Catz: aiming kat htc desire, sangkut kat timeline x

Saturday, June 26, 2010

Trip to Bandung - Day 4 & 5

Day 4

Ada request untuk ke Pasar Baru lagi, so hari ke-4 kami sekali lagi ke Pasar Baru. Baru lega hati saya sebab dapat lah membeli barang-barang yang dikirim rakan-rakan.


 Sewaktu menunggu yang lain dalam bas, kami dihiburkan oleh pemuzik jalanan. Boleh dikatakan semua pemuzik sebegini mempunyai suara yang sedap-sedap belaka. Salah seorang ahli rombongan dengan rajinnya tolong kutip duit untuk kami berikan kepadanya, tapi tak sangka, bila dia dapat duit tersebut, duit syiling di campakkan ke atas kerusi bas dan terus turun dari bas ... agaknya setiap lagu ada harganya yang tertentu kot? Salah mereka juga tak memberitahu terlebih dahulu, main redah aje bas ...


Macam biasa, traffic di kota bandung ni macet sentiasa. Ke mana arah pun akan tersengguk sengguk mengharung jem. Tapi ada pro nya. Yang bagusnya, kami dapat melihat kiri dan kanan & membaca semua signboard or label-label yang agak asing bagi kami ... contohnya seperti "Kantor Cabang" ... branch office agaknya ... byk lagi phrase sebegini yang menarik perhatian kami :)


Masakan padang lagi untuk lunch hari ke 4. Banyak betul perkataan 'Sederhana' digunakan, tak pulak saya tanya buk Nadia apa sebenarnya yang dimaksudkan ...


Lepas lunch, kami dibawa melawat Paris Van Java atau Paris di Jawa. Tapi baru hanya setengah jam berjalan-jalan di mall mewah bandung ni, kami telah digesa untuk kembali ke bas kerana ada pertukaran plan. Ada yang kata, buat apa ke mall, Malaysia pun ada ... tapi bagi saya, alang-alang kita melancong, semua tempat walaupun mall besar tetap berbeda dari tanah air ... jadi kita perlu experience, paling tidak lihat saje ... betul tak?

Kami tak singgah di Kartika Sari, terus aje ke Amanda untuk beli brownies kukus. Terkilan juga tak dapat meninjau-ninjau Kartika Sari, bukan lah nak membeli sangat, tapi seronok kan lihat makanan or kuih yg berbeda dari yg biasa kita tgk.


Sebelah malam, kami mengajak Pak Supir ronda-ronda Kota Bandung menaiki Angkutan Kota or Angkot. Wah, satu experience yang saya tak sangka, sebabnya, dari jauh mmg saya rasa conform takkan muat nak masuk pintu Angkot tu, tapi ternyata ... 9 orang yang bersama kami muat belaka masuk Angkot. Tambang Angkot biasanya Rp3.000 (RM1) satu perjalanan, tak kira jauh or dekat.


 Muat je kami dalam Angkot. Seat nya mmg macam nak cecah lantai, lampunya menggunakan mentol kecil yang biasa kita buat experiment di zaman lab sekolah dulu. Agak selesa jugak, walaupun kecik.


 Kami ronda-ronda berjalan kaki, agak jauh jugak kami jalan sehinggalah ke Jalan Braga or Braga Walk. Sebenarnya Braga Walk ni banyak nite club or disco ... of course itu bukan destinasi kami, kami hanya berjalan2 melihat kehidupan sebenar bandung di waktu malam. Di kaki-kaki lima, banyak kelihatan si ibu yang tidur bersama anak-anak mereka, ada yang masih baby lagi .... kesian betul tgk.

Kami singgah di sebuah kedai Art di Braga Walk. Semua artwork mmg menggunakan canvas dan cat berkualiti, seperti lukisan Professionals yang biasa kita tgk di CM, tapi harga yang ditawarkan tersangatlah murah ... nggak bisa dapat di Malaysia kalau harga sebegitu :) Sempat saya bergambar dengan lukisan indah permandangan desa sawah padi yang dijual pada harga kurang daripada Rp.200.000 bersamaan RM70++.


Day 5

Hari terakhir kami di Bandung. Sebelum ke Airport, sempat lagi bus kami singgah ke Cibaduyut iaitu tempat barangan kulit ... kasut, tali pinggang dan beg ... semuanya daripada kulit. Saya yg tak berapa minat barangan kulit, hanya lepak-lepak di kedai minum bersama buk Nadia.


 Dari sebelum ke Bandung lagi saya dah dengar pasai Teh Botol ni ... hari terakhir di Bandung baru la dapat rasa. Bagi yang suka jasmine tea, for sure takkan terkejut dengan rasa teh botol ni. Bagi saya & maizun yang kurang gemar dengan jasmine tea, payah betul nak habiskan sebotol hehehe ...


 Maizun & buk Nadia menikmati teh botol, dah sejam teh tu tak abis abis hehe ... Dari Cibaduyut tu kami terus ke Airport untuk tunggu flight pulang ke Malaysia.

Memang seronok walaupun agak meletihkan, TQ pada penganjur yang sudi melepaskan kami pergi ke Bandung. TQ jugak kepada 2 photographer rasmi trip kali ni sbb tersangatlah banyak gambar saya hehehe


Catz: jom buat trip ke bandung utk soooppingggggg jek!!

Trip to Bandung - Day 2 & 3

Day 2

Hari ke-2, kami dibawa ke Sari Ater Hot Spring, somewhere on the way ke Gunung Tangkuban Perahu. Air panas yang mengalir macam air terjun di Sari Ater ni adalah air panas belerang daripada gunung berapi tangkuban perahu. Sayang we all tak naik sampai ke atas gunung Tangkuban Perahu, kalau tak sure lagi best.


 
Di Sari Ater ni, pengunjung boleh mandi kalau nak. We all rendam-rendam kaki je sambil makan ice cream mahal. Imagine ice cream conetto tu harganya cecah Rp20.000 bersamaan dengan RM7. Macam biasa la, penjaja ice cream tu akan merayu-rayu supaya pengunjung membeli.



Permandangan jalan masuk ke Sari Ater, melalui pekan kecil yang jalannya berlubang-lubang, tapi Pak Supir relax je redah lubang2 tu, senget benget kami dalam bas mengikut pergerakan bas. Sari Ater letaknya kira-kira sejam dari Kota Bandung. Sepanjang perjalanan kami lalu kawasan penempatan di lereng-lereng bukit. Rumah-rumahnya agak rapat-rapat dan cuacu sejuk. Kata Nadia tour guide kami, lagi dekat kami ke tangkuban perahu, lagi sejuk cuaca. Banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual kelinci (arnab), katanya kalau ada yang berminat, mereka akan sembelih di situ juga untuk dibuat sate. Conform saya tak berminat ... hehehe. Selain kelinci, ada jugak sate biawak dan cobra, baca menu nya aja dah buat orang lari jauh-jauh ... tapi di sini mungkin delicacy.


Kami lunch di Wilujeng Sumping Balibu, makanan sunda lagi. Kali ni hidangannya ikan garumi or ikan kaloi (betul ke ... ni ahli rombongan yang bagi tau). Tak kisah la ikan garumi ke ikan talipia ke, masak macam mana sedap pun, saya tak makan ... pokoknya saya tak makan ikan sungai ... hehehe. 

Lepas lunch, kami ke factory outlet somewhere dekat dengan hotel. First outlet adalah Rumah Mode, kata Nadia, barang-barang di rumah mode bukan barang reject tapi di import dari Hong Kong. Takde apa yang nak saya beli kat sini since sizenya tak mengambil kira size wanita eropah macam saya ... ahaks hehehe. Nak beli baju baby untuk Khalisya pun takde yang menarik ... 


 
Next destination ... Cihampelas. Jalan Cihampelas ni terkenal dengan barang-barang jeans dan tshirt. Sekali pandang, ada la macam jalan kat Chow Kit. Yang menariknya di sini, setiap kedai or outlet bertemakan super hero. Seperti gambar di atas, outlet di belakang saya tu bertemakan superman & spiderman. Tak banyak kami membeli di sini, cuma jalan-jalan cuci mata. Sempat saya beli prepaid Telekomsel Simpati untuk call Malaysia since celcom saya takde roaming.

Macam biasa, sepanjang jalan tu akan ada yang mengekori dan memujuk-mujuk untuk membeli barangan jualan mereka. Ada yang siap tiru cakap 'KL' untuk menarik perhatian kami. Sebenarnya kami telah di pesan oleh buk Nadia, supaya berhati-hati jika membeli, tawarlah sebaik mungkin, dan jangan memandang mereka sekiranya tidak berminat untuk membeli, kalau tak ... akan dipujuk-pujuk, di rayu-rayu sehinggalah terbeli. 


Day 3

 
Hari ke-3 la hari yang saya tunggu-tunggu, destinasinya Pasar Baru Trade Centre.  Banyak yang pesan untuk saya membeli belah disini. Pasar Baru adalah gedung tujuh tingkat yang menjual barang-barang seperti telekung, kain sulam, blouse, batik dan kerepek-kerepek. Memang ternyata barangannya murah-murah, tapi perlu hati hati menawar. Contohnya saya membeli telekung fesyen terbaru, memang cantik ... double layer sulam kecil-kecil penuh, kawan-kawan dapat tawar dari Rp.350.000 ke Rp230.000, bila saya ke kedai di tingkat yang lain, dapat tawar sehingga Rp190.000 ... kan banyak bezanya tu. 

Buk Nadia dah pesan awal-awal, kalau yang di Pasar Baru ini perlu di lihat semua kedai baru baru boleh tawar menawar or beli. Tapi baru je beli telekung, masa dah tinggal tak sampai sejam untuk shopping kerana masa yang diberi hanyalah 2 jam sahaja. End up banyak lagi barang-barang yang dipesan saya tak dapat nak beli. 


 
Hari ke tiga baru we all dapat rasa masakan padang. Berselera jugak kami since dah beberapa hari asyik makanan sunda. Cumanya, masakan padang di sini telah di tailor made untuk orang-orang Bandung, gulai-gulai nya kurang pedas, itu info dari Buk Nadia.


 
Next destination ialah Toko Tiga iaitu tempat byknya jual Jeans Levis & Polo shirt. Seriously, tak ubah macam part of pertama kompleks. Saya tak beli apa-apa pun disini ... macam biasa la, mereka takde menjual pakaian size wanita eropah macam saya hehehehe ... 


 
Pulang dari Toko Tiga, kami dibawa ke Jalan Riau ... Factory Outlet lagi. Cuci-cuci mata aje kat sini. Kata Buk Nadia, barang-barang di Factory Outlet ini adalah barang-barang reject yang telah dibaiki oleh outlet-outlet tersebut, so kira bermutu juga. Tak banyak yang kami beli disini, sebab masing-masing dah penat ... so lepak-lepak dan bergambar aje.

By end of day 2, ada beberapa experience baru yang saya dapat selain dapat berjalan-jalan di kota Bandung. Antaranya ialah, musholah or surau yang unisex, bayangkan selesai solat je, saya tgk Azrul(officemate) solat sebelah saya .... hehehe ... culture shock sesaat. Yang keduanya, kalau nak melintas jalan, jalan aje ... sbb kereta dan motor yang akan mengelak or mereka akan stop bagi kita jalan ... bagus kan?


Catz: malam takde activiti ... dorang terjun kolam jek ..

Thursday, June 24, 2010

Trip to Bandung - Day 1

Baru-baru ini, saya ke Bandung bersama officemates. Bunyinya macam bercuti, tapi sebenarnya kami bekerja sambil bersantai. It was a 5D 4N trip. Selalunya kalau away from office work, memang boleh release stress, tapi stress lain pulak yang datang, stress tgk barang murah-murah kat Bandung, semua benda nak dibeli kalau boleh ...


Baru sampai di Bandara Hussein Sastranegara Bandung. Maizun (my officemate) kata, Bandara means Airport and Sastranegara means International ... ternyata memang salah hehe. Bandara memang airport, but Hussein Sastranegara adalah nama orang ... so in English translationnya ... Hussein Sastranegara International Airport.

Sampai je di Airport, our Tour Guide, buk Nadia & Pak Supir Bapak Nordin sudah sedia menunggu. The first destination selepas load all our luggage dalam bas pariwisata (bas persiaran) adalah Restoran Dago Prawangan (makanan Sunda). Lepas tu terus ke hotel.



We all stay at The Jayakarta Bandung, located di Jalan Dago atas. Sepanjang jalan ke hotel, akan lalu factory outlets di Jalan Dago, so masa perjalanan ke hotel on the first day tu, macam sneak preview to what we gonna do & shop pada hari-hari seterusnya. Jayakarta is a boutique hotel and spa, so quite comfortable tapi agak expensive bagi harga di Bandung.

The first day, memang takde activity lain, just check in hotel, dinner & sneak preview Kota Bandung, itu pun sebab traffic jam so dapat la tengok permandangan & gelagat orang-orang di Kota Bandung.


Catz: bandung day 2 coming up soon ...

Thursday, June 03, 2010

Letz Visit Booth Letzhop

Jom ramai-ramai visit booth Letzhop.com di event Read Malaysia yang akan berlansung di MIECC, Mines Resort City. Cari kami di booth R03 berdekatan dengan pentas utama, Kosmo, Ana Muslim & Upin dan Ipin.

Dapatkan diskaun 50% untuk subscription Letzhop, so rebut lah peluang ini sebagai hadiah untuk anak-anak anda :)


Catz: berminat untuk jadi promoter Letzhop? boleh hubungi saya :)