Taman Tasik Cempaka terletak bersebelahan Kompleks PKNS, McDonalds dan Bangi Sentral. Macam taman-taman riadah yang lain, TTC juga ada jogging track, tasik dan taman permainan kanak-kanak. Kemudahan lain seperti parking dan tandas awam pun disediakan untuk orang ramai. Antara yang menarik di TTC adalah kemudahan menyewa basikal dan remote control cars untuk pengunjung meneroka taman selain berjalan kaki.
Trek laluan 10,000 langkah ... memang sesuai dengan aktiviti harian saya.
Ada beberapa kemudahan untuk menyewa basikal, remote control cars dan skuter. Ada pelbagai jenis basikal untuk pilihan pengunjung.
Sewaan basikal orang dewasa bermula dengan RM10 untuk setengah jam, basikal kanak-kanak RM10 untuk disewa sehingga 7:00 PM. Sewaan untuk remote control cars adalah RM15 dan skuter RM25 untuk setengah jam.
Since Doter pilih nak naik "4WD", kami ikutkan aje. Pakai seat-belt dulu ...
...and off we go ... penat juga la menapak ikut 4WD dia ni, ntah berapa kali tawaf sekitar taman ...
Catz: definitely akan datang lagi, next time naik basikal pulak ...
No comments:
Post a Comment