Wednesday, March 31, 2010

Don't Worry Be Happy

Selalunya around 630pm saya dah bergolek-golek dan benyanyi nyanyi bersama Khalisya, tapi hari ni saya bergerak dari office agak lambat, around 730 and singgah pulak di Azhar Maju menapau apa yang patut untuk seisi rumah. On the way back tu, saya terfikir, alangkah bagusnya bila saya sampai di rumah nanti segala kerja rumah yang tergendala sudah ada yang tolong selesaikan. Macam-macam saya fikir sepanjang perjalanan, kesian Mak kena jaga Khalisya sampai malam ... dirty laundry yang menimbum sedang menunggu untuk dicuci ... kain yang dah dibungkus rapi semalam perlu dilipat dan macam-macam lagi.

Sampai je dirumah, pintu gate telah ada yg bukakan. Khalisya elok dipangku Mak sambil matanya terkebil-kebil mengantok. Kata Mak, dia baru je selesai solat, tadi TK yang jaga Khalisya. Wah! Kemudian saya ke dapur untuk selesaikan dirty laundry saya yg menimbun ... aikk bakul laundry dah kosong, baju dah siap dibasuh. Syukur alhamdulillah, badan yang tadi penat terus bertenaga semula sbb seronok bila apa yang difikirkan tadi jadi kenyataan. Kalau macam ni, bolehlah saya balik lambat selalu :)


Catz: senang hati jek malam ni ...

Sunday, March 28, 2010

Jalan-jalan Hujung Minggu

Sabtu lepas saya ke MMSC Get Together Party di The Heritage Residences. Nasib baik TK masih bercuti, so boleh lah bawa Khalisya sekali. Last year saya tak dapat attend Party ni, dengarnya it was a blast. Tahun ni walaupun ramai yang tak dapat datang, masih lagi seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan yang memang dah lama tak jumpa. Khalisya pun dapat jumpa kawan-kawan sebaya cam Muya(Jalina's) & Aisyah(Fly's).

Sunday pulak, we all jalan-jalan kat Mines. First time bawak Khalisya pergi shopping mall. Bukan tak nak selalu bawak Khalisya jalan-jalan camni, tapi Khalisya ada motion sickness, kereta start gerak je, dia start la nak muntah. Rasanya saya kena selalu bawa Khalisya naik kereta untuk hilangkan mabuk dia tu.

Antara yang hadir MMSC Get Together Party. TK & Khalisya is not in the pic sbb masa tu, Khalisya tengah menyusu.

Kekokkah lagi saya dukung Khalisya?

Before naik atas to venue party, we all singgah mengalas perut di bakery kat lobby Heritage. Erks tak sedap! Tu muka TK yang tgh panas sbb food rasa macam nak expired tu.

Ada 3 baby yang hadir party tu, Khalisya the smallest, baik dari segi physical mahupun umur. Syioknya depa tidoq!

Khalisya suka jalan-jalan naik stroller, sampai ibu angkat pun dia marah hehe.


We all lunch kat SweetChat, apa lagi makan dessert lah. Khalisya pun lunch gak.


Catz: Weekend ni nak kemana yek?

Friday, March 26, 2010

Shocked

Berderau darah saya bila Abah pagi2 lagi dah bagi tau nak bawa Mak ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah sebab separuh badannya kebas. Tak tenang hati nak ke office tadi, tetapi terpaksa saya gagahkan diri jugak ke office hari ini since ada meeting yang perlu saya hadiri pagi tadi. Khalisya saya tinggalkan pada ayahnya along with a longgggg to do list.

Around 10:00 am dapat call dari Abah, dr suspect Mak macam nak kena stroke and since Azzahrah tak ada equipment yang diperlukan untuk scan, case Mak di refer ke KPJ Kajang.  Makin tidak senang hati saya di office, nak balik rumah, kerja pula menimbun tunggu untuk diselesaikan. Alhamdulillah result scan di KPJ takde kesan apa apa darah beku yang boleh menyebabkan stroke. Maybe Mak terlalu letih & masih shocked dengan berita pemergian kakaknya mengadap illahi tempohari. So untuk beberapa hari since Mak Long meninggal dunia last Tuesday, tugas-tugas menjaga Khalisya, TK yang galas sepanjang saya di office. Nasib baik TK cuti 5 hari since sekarang bukan peak season.


Mak & Abah sewaktu bercuti ke KT around 2007 dulu.




Catz: nampaknya Khalisya kena ikut ibu pegi party la this Sat ... hehe

Friday, March 19, 2010

Cukur Jambul

Majlis cukur jambul Khalisya berlansung dengan serba sederhana. Atok & Nenek Khalisya yang beriya tetapkan tarikh, parentsnya ikut je. Sehari sebelum majlis, saya round2 kat Alamanda cari baju yang sesuai untuk Khalisya pakai. So pagi tu Khalisya dah ready seawal 8:30am sebab uncle-uncle Color Radius Studio (CRS) nak adakan sesi bergambar eksklusif untuk Khalisya seorang aje. Thanks to uncle-uncle CRS yang dgn murah hati cover kan majlis cukur jambul Khalisya.


Sebenarnya Khalisya jarang berputing, tapi time uncle-uncle CRS nak start sesi photography, Khalisya meragam sikit sbb nak tido, so ibunya sumbat lah dengan puting tu. Sejurus selepas gambar ni diambil, Khalisya pun zzzzZZZZZzzzzz.


Kumpulan Marhaban ni yang dijemput khas dari Kg. Bahagia, Bangi Lama. Ahli-ahli kumpulan ni terdiri drpd old timers dan menurut kata mereka, mereka mempunya pelbagai warna baju kumpulan ... just name it, u got it. Hm kenapa la agaknya tak request diorang pakai pink yer ... baru kena dengan tema.


Walaupun bak kata adik2 CRS saya nampak macam ahli putri umno, tapi saya suka gambar ni. Mesti Khalisya pandang saya tu sbb dia pun nampak saya macam ahli putri umno hehe ...

Thanks lagi sekali CRS for the photography. More pictures of the Majlis here ...

http://www.flickr.com/photos/colorradius



Catz: Tak sabar nak tgk the whole pictures ...

Tuesday, March 16, 2010

Staff Party @ Legend Water Chalet

Since kahwin, belum pernah sekali pun TK&me attended a staff party or gathering office masing-masing. Lepas TK start kerja nun di negeri jiran, baru lah merasa dijemput ke staff party... itupun dept party je. Siap boleh bawak the whole family (kalau nak). Department diorang ni macam family sebab the HOD is very friendly and caring. Mengikut cerita-cerita yang saya dengar, every year event ni diadakan tanpa menggunakan sesen pun duit company mahupun staff. Interesting kan? Diorang ada cara tersendiri untuk kumpul dana bagi event macam ni.

Hm ... teringat pulak doulu2. Once pernah jugak merasa duduk dalam a big department yang rata-rata staff nya bagai family sendiri, mana taknya, kalau dah siang malam pagi petang makan tido di office ... for sure macam family.


View dekat pool. Ni lah lokasi staff party kali ni. Walaupun cuaca agak panas and food tak berapa memberansangkan, still rasa seronok coz ni lah first time dapat kluar malam sejak lepas pantang. The event took place beberapa hari selepas 44 hari saya berpantang hehe. Of course Khalisya tak ikut, dia masih berpantang (neneknya tak bagi bawak!) :)


Gambar TK je ada, saya tak byk bergambar sbb since lepas pantang ni cam dah double the original size hehe.

Dengar2nya, the biggest event of the year akan diadakan soon, All Staff Party dengan tema Pirate of the Carribean, tapi malangnya, spouse tak boleh ikut sbb staff sahaja dah cecah angka ratus ratus ... kalau semua bawak spouse or family, satu padang bola pun tak cukup kot :) Nasib baik jugak lah tak boleh nak pergi, kalau tak, baju ala ala pirate yg bagaimana sesuai utk saya? *tak dapat di imagine*.


Catz: kalau makan free ... kat memana pon best! :)

Monday, March 15, 2010

Back to Basic

Macam tahun-tahun sudah, putihsalju akan berubah wajah bila masuk tahun baru. This time the theme is back to basic macam awal-awal dulu. Saya cuba nak kembalikan mood untuk rajin-rajin menulis coz now ni dah agak malas nak blogging walaupun banyak cerita yang nak di share.

Catz: Oh mood ... datanglah!

Thursday, March 04, 2010

Kisah Khalisya

Khalisya memang suka tido. Kadang-kadang kena dikejut time feeding. Kalau dah lena sgt, bunyi bising pun Khalisya tak layan.


Ni posisi favorite Khalisya time tido. Kaki akan buat huruf M, badan pulak huruf S. Isk dah ada potensi jadi cheerleader anak ibu ni.


Kalau tak tido, Khalisya suka berborak dan bergelak ketawa dengan lampu or kipas. Khalisya akan sapa lampu tu kalau tak ON and kipas tu kalau tak berpusing. Kadang-kadang pintu & tangga join sekali bergurau senda dengan Khalisya.


Khalisya tak pandai nangis-nangis selalu, buat masa ni lah, in future tak tau la pulak. Kalau nangis pun hanya sepatah dua kata. Jiran sebelah pun ada tanya kenapa tak pernah dengar suara Khalisya nangis. Dulu masa Khalisya dalam perut, ibu selalu pesan supaya jgn kuat nangis, tapi tak sangka pulak Khalisya betul2 boleh dengar cakap ibu. Khalisya akan jerit "Air!" kalau dia nak susu. Kalau Khalisya dah byk kali try untuk meniarap tapi tak dapat, Khalisya akan jerit "Air!" jugak. Kalau Khalisya kena gomol oleh ibu or ayah, dia akan jerit "Air!" jugak. So, so far, Khalisya dah pandai sebut perkataan 'Air' or 'Aik' walaupun dia sebenarnya tak faham pun maksudnya apa hehe.


Khalisya memang tak pandai posing kalau bergambar. Fotogenic pun tak. Puas lah ibu bagi signal or agah-agah suruh dia pandang camera, sikit pun dia tak layan. Ni je lah antara gambar yang Khalisya pandang tepat pada lensa cap ayam ibu ni. So ... challenging la sikit sesi photography bersama uncle-uncle CRS (Colour Radius Studio) nanti.


Now, Khalisya dah kenal suara suara di kelilingnya. Suara Atok, Nenek, Ibu & Ayah. Bunyi selipar Atok pun Khalisya dah kenal sebab Atok selalu bawak Khalisya pegi jalan-jalan kat luar. Sejak Ibu dah start kerja, Atok & Nenek yang jaga Khalisya, so hari-hari bila dengar suara ibu bila balik kerja, mata Khalisya akan melilau-lilau cari ...


Now Khalisya dah 2 bulan 5 hari, berat badan baru 4kg lebih & panjang 57cm. Baru pandai mengereng dan meniarap walaupun kepala still tak larat nak angkat.

So itulah kisah Khalisya buat masa ini, untuk yang merequest photo terbaru Khalisya, enjoy the entry :)


Catz: Kesian Khalisya tgh batuk-batuk now ni ...