Saturday, June 26, 2010

Trip to Bandung - Day 4 & 5

Day 4

Ada request untuk ke Pasar Baru lagi, so hari ke-4 kami sekali lagi ke Pasar Baru. Baru lega hati saya sebab dapat lah membeli barang-barang yang dikirim rakan-rakan.


 Sewaktu menunggu yang lain dalam bas, kami dihiburkan oleh pemuzik jalanan. Boleh dikatakan semua pemuzik sebegini mempunyai suara yang sedap-sedap belaka. Salah seorang ahli rombongan dengan rajinnya tolong kutip duit untuk kami berikan kepadanya, tapi tak sangka, bila dia dapat duit tersebut, duit syiling di campakkan ke atas kerusi bas dan terus turun dari bas ... agaknya setiap lagu ada harganya yang tertentu kot? Salah mereka juga tak memberitahu terlebih dahulu, main redah aje bas ...


Macam biasa, traffic di kota bandung ni macet sentiasa. Ke mana arah pun akan tersengguk sengguk mengharung jem. Tapi ada pro nya. Yang bagusnya, kami dapat melihat kiri dan kanan & membaca semua signboard or label-label yang agak asing bagi kami ... contohnya seperti "Kantor Cabang" ... branch office agaknya ... byk lagi phrase sebegini yang menarik perhatian kami :)


Masakan padang lagi untuk lunch hari ke 4. Banyak betul perkataan 'Sederhana' digunakan, tak pulak saya tanya buk Nadia apa sebenarnya yang dimaksudkan ...


Lepas lunch, kami dibawa melawat Paris Van Java atau Paris di Jawa. Tapi baru hanya setengah jam berjalan-jalan di mall mewah bandung ni, kami telah digesa untuk kembali ke bas kerana ada pertukaran plan. Ada yang kata, buat apa ke mall, Malaysia pun ada ... tapi bagi saya, alang-alang kita melancong, semua tempat walaupun mall besar tetap berbeda dari tanah air ... jadi kita perlu experience, paling tidak lihat saje ... betul tak?

Kami tak singgah di Kartika Sari, terus aje ke Amanda untuk beli brownies kukus. Terkilan juga tak dapat meninjau-ninjau Kartika Sari, bukan lah nak membeli sangat, tapi seronok kan lihat makanan or kuih yg berbeda dari yg biasa kita tgk.


Sebelah malam, kami mengajak Pak Supir ronda-ronda Kota Bandung menaiki Angkutan Kota or Angkot. Wah, satu experience yang saya tak sangka, sebabnya, dari jauh mmg saya rasa conform takkan muat nak masuk pintu Angkot tu, tapi ternyata ... 9 orang yang bersama kami muat belaka masuk Angkot. Tambang Angkot biasanya Rp3.000 (RM1) satu perjalanan, tak kira jauh or dekat.


 Muat je kami dalam Angkot. Seat nya mmg macam nak cecah lantai, lampunya menggunakan mentol kecil yang biasa kita buat experiment di zaman lab sekolah dulu. Agak selesa jugak, walaupun kecik.


 Kami ronda-ronda berjalan kaki, agak jauh jugak kami jalan sehinggalah ke Jalan Braga or Braga Walk. Sebenarnya Braga Walk ni banyak nite club or disco ... of course itu bukan destinasi kami, kami hanya berjalan2 melihat kehidupan sebenar bandung di waktu malam. Di kaki-kaki lima, banyak kelihatan si ibu yang tidur bersama anak-anak mereka, ada yang masih baby lagi .... kesian betul tgk.

Kami singgah di sebuah kedai Art di Braga Walk. Semua artwork mmg menggunakan canvas dan cat berkualiti, seperti lukisan Professionals yang biasa kita tgk di CM, tapi harga yang ditawarkan tersangatlah murah ... nggak bisa dapat di Malaysia kalau harga sebegitu :) Sempat saya bergambar dengan lukisan indah permandangan desa sawah padi yang dijual pada harga kurang daripada Rp.200.000 bersamaan RM70++.


Day 5

Hari terakhir kami di Bandung. Sebelum ke Airport, sempat lagi bus kami singgah ke Cibaduyut iaitu tempat barangan kulit ... kasut, tali pinggang dan beg ... semuanya daripada kulit. Saya yg tak berapa minat barangan kulit, hanya lepak-lepak di kedai minum bersama buk Nadia.


 Dari sebelum ke Bandung lagi saya dah dengar pasai Teh Botol ni ... hari terakhir di Bandung baru la dapat rasa. Bagi yang suka jasmine tea, for sure takkan terkejut dengan rasa teh botol ni. Bagi saya & maizun yang kurang gemar dengan jasmine tea, payah betul nak habiskan sebotol hehehe ...


 Maizun & buk Nadia menikmati teh botol, dah sejam teh tu tak abis abis hehe ... Dari Cibaduyut tu kami terus ke Airport untuk tunggu flight pulang ke Malaysia.

Memang seronok walaupun agak meletihkan, TQ pada penganjur yang sudi melepaskan kami pergi ke Bandung. TQ jugak kepada 2 photographer rasmi trip kali ni sbb tersangatlah banyak gambar saya hehehe


Catz: jom buat trip ke bandung utk soooppingggggg jek!!

No comments: