Sejak Raya memang tak sempat nak post any entry pun.
On Friday before Aidilfitri hari tu, bertolak ke Kuantan betul2 lepas sahur. So jalan memang peaceful lah, cuma tak tahan driver kuat mengantok lah. Berapa kali berenti tatau nak cakap, mengalahkan ada budak kecik ikut sekali :D
First stop, Temerloh. Kami ke Kg Bintang, Kg arwah my FIL. Sampai sana around 8:30am. TK ziarah pusara ayahnye, ku tunggu dalam kereta je since TK tak bagi wondering around kat kawasan tanah wakaf tu. Lepas tu ziarah sedara mara dekat-dekat area kg Ayah tu. Around 12:00pm++ kami gerak ke Kuantan.
Satu malam je spent kat Kuantan, coz TK kata tahun ni raya di KL, ku ikut je la :D
Di Kuantan sempat jugak celebrate birthday my SIL & nephew. The day before raya eve tu, berkumpul la sanak saudara nak celebrate birthday dua orang ni lepas solat terawih, sempat jugak la tgk Nur Kasih sementara tunggu semua orang balik dari terawih. Acara pun start around 10:00pm++ ... agak meriah jugak since kuih-kuih raya pun ada, macam raya jugak rasanya.
Balik from Kuantan on Raya eve, singgah di Mentakab rumah SIL. Kebetulan anak-anaknya semua dah balik beraya including the one yg study kat Aussie. Meriah gak lah rumah sbb anak cucu dah balik. Cucu TK, cucuku jua la kiranya kan :D Sampai je Mentakab, my BIL tgh bakar lemang & SIL tgh merendang kambing gurun katanya. So setelah diajak berkali-kali, TK pun tempting la nak berbuka kat situ, nak rasa masak tempoyak ikan tapah masakan abg nazri + rendang kambing gurun Teh tu. Ku ikut jer macam biasa hehe walaupun pinggang & belakang ni dah meronta-ronta mintak baring hehe. Berselera jugak lah berbuka dengan rendang kambing gurun tu, and since ku tak makan ikan sungai, TK lah yg beriya iya makan masak tempoyak ikan tapah tu ... huhu ntah apa rasanya, sedap la kot sehingga menjilat jari :D
Sebelum balik, sempat jugak TK main mercun dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Menjerit-jerit monyet kat hutan berhampiran dek kerana bising mercun tu.
Around 9:00pm, kami bertolak ke KL. Bila perut driver dah kenyang, sure lah mengantuk, so stop jugak lah beberapa kali untuk lelap mata. Kalau ku tak bawa perut ni & pinggang tak sakit, dah lama ku teruskan driving. Last-last sampai BSP around 11:00pm jugak. Sampai-sampai je, TK dah ajak my bro pi main mercun pulak. Macam tu la kalau rumah takde budak-budak, last-last bapak2 budak yang main mercun. Anyway, seronok jugak la sbb dah lama tak tgk orang main mercun.
Cake utk Akak & Along Boy
Bergaya jer ni hehe
No comments:
Post a Comment