Catz: Gossip cinta terbaru terbongkar lagi.
Monday, February 12, 2007
Lelaki Ganu yg Handsome
Lunch hour hari ni jalan-jalan kat stesen bas Bandar , KS mintak tolong tukarkan tudung yg dibeli sebulan lalu. Sambil2 tukar, sempat jugak grab sehelai dua utk diri sendiri. Bukan lah jauh sangat office ke Stesen Bas Bandar tu, aku yang comel ni jalan kaki pun tak penat. Kalau difikir-fikirkan, memang semuanya dalam walking distance, memang office di Kokitab tersangatlah strategiknya, kesian orang-orang BBC.
Settle beli tudung, turun ikut belakang stesen bas, singgah kat kedai cake Sweden . Sedap-sedap jugak kek kat sini, semalam birthday Shikin Admin, we all beli strawberry cake kat sini lah, mmg sedap dan diakui ramai. Tengah belek-belek roti mana yang nak dibeli, alih-alih dengar salegirls kedai kek yg 4-5 orang tu macam menjerit-jerit teruja, seketika kemudian masuk lah sorang jejaka yang masih berhelmet di kepala, boleh dikatakan handsome la jugak. Bila dia bukak helmet, fuh memang confirm handsome, no wonder la salesgirls semua ni teruja, musti mamat handsome ni regular kat sini. Pizza sardine Sweden memang marvelous, aku grab pizza & peanut butter bun lepas tu terus ke kaunter, mamat handsome tadi beratur dibelakangku. Pizza = RM2.50 & bun = RM1.00, mata cashier tu asyik pandang mamat belakang aku ni je, sampai terketar-ketar tangan, RM3.50 pun tak boleh nak kira, menggelabah semacam. Alih-alih dia masukkan roti-roti mamat handsome tu dalam bill aku. Roti yang kubeli RM3.50 dah jadi RM6.00. Nasib baik aku tak melompat. Dengan cool aku sound cashier tu, “Duer ringgit setengoh campur seringgit kan tiga ringgit setengoh je”, aku bagi duit RM3.60, bukan nak mengena tapi kebetulan itu aje syiling yang ada. Lama dia tenung cash register dia tu, sbb dia tak boleh nak calculate berapa duit balance dia patut pulangkan. Aiseh, memang kemaruk dah cashier ni. Last-last, kawan dia yg datang hulurkan balance aku yang seposen tu. So morale of the story ialah, time keja, keja sungguh-sungguh, lepas office hour barulah bercinta … kui kui kui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
pe ain...citer pasal mamat ganu pakai helmet hensem..mana gambanyer...?
puas aku duk terbayang muke mamat tuh..sbb gamba x der kan...tapi yg asik terbayang kat kepala otak aku...si mamat ganu JAMIL..hahahahaha....
mana sempat ambik gambar, tangan penuh dengan tray roti ... Jamil takde dalam ini gambar, tu sudah pasti ... kui kui kui
Post a Comment