Saturday, February 24, 2007

Sepetang at Batu Buruk

Hajat dihati nak menikmati A&W root beer float terbang gitu saja. A&W tutup sementara memberi laluan kepada krew-krew dan para jemputan Party Cit Cat Azwan Ali. Akhirnya kami ke KFC melepaskan dahaga setelah hampir 3 jam bermandi peluh di Phua Furniture.

Waktu petang kami habiskan berlelayang di Pantai Batu Buruk. Seronok juga rasanya. Ada juga mata-mata yang memandang sinis, cemburu dengan keriangan kami agaknya.

Barisan lelayang tunggu untuk dibeli

Smileys Chuopa di awan biru

Indahnya petang ...

Chuopa terbang bersama 'smileys'nya

Teknik bermain layang-layang terbaru, sambil bergolek ...

Qistina & Smileys di awan biru ... "Korang ni main lelayang ke asyik bergambar?"

Antara yang join activity berlelayang ...

Kelawar Faris terbang rendah ...

Dah senja ... tak reti-reti nak balik? Err kenapa gambar ni berat sebelah kiri? *Musykil*

Best picture of the day ...

Catz: Looking forward for next activity. More pictures? Click here.

Friday, February 23, 2007

Nice Neighbor

Thought of showing the new apt to the tribemates. Tak sangka apt sedang dicuci oleh my new neighbor, Kak Na. "Ala ... anggap macam kakak sendiri", jawab Kak Na, selamba bila ditanya. Takut banyak termakan budi nanti. *Gulp*.

Kami habiskan waktu petang menikmati hidangan yang menjadi igauan di Teluk Ketapang.

Indah warna laut hari ni ...

Pernah rasa air jagung sebegini rupa?

Wajah-wajah yang turut bersama menikmati sepetang di Teluk Ketapang

Catz: Tolong paint rumah boleh?

Thursday, February 22, 2007

Bora Bora

Belum pun officially pindah masuk apt baru, dah dapat surat pink, ‘Bil Pemotongan Air’. Terbantut niatku nak basuh rumah tu. Nak tak nak kena tunggu owner settlekan all the bills baru boleh lega masuk rumah. Met my new neigbour semalam, lama juga borak-borak get to know each other, ramah orangnya.

About 9:00pm last night pergi office with Shonna & Chuopa. On the way back we all singgah Bora-Bora Café kat area belakang Seri Kolam, dengarnya situ ada WiFi, nak juga melihat-lihat kawasan. Not bad café ni, ada bamboo cocomos with cozy lanterns. Food was quite expensive, but the right choice for a cozy night out. Wish the food was cheaper, I spent RM12 for supper, tuna sandwich & ice blended mocha.

Susah to get this snap right ...

12:30am at Bora Bora Cafe ... waitress Bora Bora siap sogok we all dengan limau mandarin to get rid of us cepat ... kui kui kui ...

Catz: Its 'Cocomo' lah ... bukan 'Comoto'

Tuesday, February 20, 2007

The Key

The clan drove back home to KL after breakfast. We all pekena nasi minyak with ayam bakar plus 12 biji of kuih yang pelbagai rasa. Puas rasa hati dapat breakfast kat kedai Asap with the clan …yang penting they got to taste breakfast ganu style.

Later at noon, my agent called to handover the new apartment’s key. I’ve been waiting for this moment for quite sometime. Now that I have the keys, dah tak tau nak buat apa pulak. *blank*

Catz: Home at last.

Monday, February 19, 2007

KT Tour

The whole clan came for a visit yesterday. So today bawak the whole bunch jalan-jalan around town … lepak at Pantai Batu Burok, Shoppint at Payang & Puteri Ratna, Lunch at Restaurant Terapung, Tea&Dinner at Teluk Ketapang. Penat but seronok.

Teringin naik bot ...

Ramainya orang kat Payang ...

Ayahanda & Bonda

Rupa baru Pasar Payang akan datang ... still under construction

Catz: Teriknya matahari.

Sunday, February 18, 2007

CNY

Pagi-pagi lagi dah keluar rumah. Hajat dihati nak bawa gentz pergi mandi. Puas juga cari car wash semuanya samada tutup ataupun berderet kereta menunggu giliran. Nasib baik juga jumpa satu car wash on the way ke Mydin Mall, besar & mahal pulak tu. Redah aje lah, terdesak.

Suasana agak berbeza CNY kat sini berbanding kalau di KL. Ada kemeriahannya yang tersendiri walaupun bahangnya tidak berapa terasa. No limau from Simon & Weng, dengarnya tribemates di HQ semua dapat limau. Anyway, Happy CNY to all my Chinese frens where ever you are.


Catz: Seronok jumpa the whole clan here in KT.

Friday, February 16, 2007

My Sassy Girl Chun Hyang

Home alone lagi. Shonna & ramai lagi balik KL tonite. Before balik apt, singgah kedai CD along YT Midtown, banyak juga pilihan. Memang dalam ramalan sehari dua ni akan jadi hari paling boring di KT, so tanpa was-was ku grab la 2-3 dvd & 1 box set k-drama. Lama tak pekena k-drama, sesekali marathon sorang2 best jugak, layan!
Best ...
Catz: K-drama ready booking for rental! ahaks ...

Wednesday, February 14, 2007

Custom Message

Di pagi yang indah dah tenang …

Catz (Kokitab):
“Err dah start nak seram”

azruldesign (BBC):
“memang ngeri”

gemuknya_aku (M2Farm):
“KOKITAB ADA HANTU ke?”

trium_x (Kokitab):
“Takut Nih”

Catz (Kokitab):
“Kokitab ada grobok Ju-on … kui kui kui”

Jika diikuti custom message ini, memang benar ada unsur-unsur seram dan mistik. Benarkah Kokitab menyimpan misteri yang belum diketahui ramai? Kita ikuti sedutan ini …

(Lokasi : Seri Kembangan - Kuala Terengganu)

Lan (HQ): apsal..kokitab ader hantu kee...hehe
azruldesign: dia kuar ikut almari yg buruk kat belakang... tu
Lan (HQ): sapa nampak?
azruldesign: ramai dah nampak
Lan (HQ): ni hantu betul ke...bebudak memain ni?
azruldesign: entah laa
Lan (HQ): ko kat kokitab kan semalam?
Lan (HQ): almari buruk mana??
Lan (HQ): yg kat bilik farah ngan sya tu kee?
azruldesign: yg ada dalam setiap bilik tu
azruldesign: tepi dinding tu, belah bawah
Lan (HQ): oo..yg almari sliding tu ekk
azruldesign: tau pun

Paparan ini menunjukkan dengan sekelip mata, isu unsur-unsur seram dan mistik di Kokitab menjadi tanda tanya banyak pihak, bukan hanya dia Kuala Terengganu, malah di HQ juga. Kes ini berlarutan …

wankhairulhizmi: assalamualaikum kak catz...
Catz: wsalam wbt
wankhairulhizmi: knape ngan status diorg ni psl kokitab ni kak catz???
Catz: nape? awk takut ke
wankhairulhizmi: x der la...
wankhairulhizmi: tgk shidi n suhaidi punyer status beriyer...

Semua message diselubungi rasa ingin tahu, adakah benar unsur-unsur seram dan mistik itu wujud di Kokitab? Kalau dikaji semula, semua msg lahir daripada msg cik Catz “Err dah start nak seram”. Sebenarnya msg ini terbit setelah cik Catz selesai berkomunikasi dengan KShikeen di HQ. ‘Seram’ yang dimaksudkan bukan terbit dari unsur-unsur mistik atau hantu, tetapi terbit dari rasa takut utk menghadapi liku-liku kerja di masa akan datang.

Msg telah ditokok tambah untuk menyedapkan lagi cerita oleh azruldesign dan gemuknya_aku. Semuanya hanya rekaan semata, kepada yang tipah tertipu .. maaf dipinta, seronoknya ber-message terlupa pada yang membaca. So, morale of the story, tak semua custom message yang diletakkan itu sahih maksudnya.

Grobok Ju-On


Catz: Grobok Ju-On belakang aku ni memang menyeramkan …

Monday, February 12, 2007

Lelaki Ganu yg Handsome

Lunch hour hari ni jalan-jalan kat stesen bas Bandar, KS mintak tolong tukarkan tudung yg dibeli sebulan lalu. Sambil2 tukar, sempat jugak grab sehelai dua utk diri sendiri. Bukan lah jauh sangat office ke Stesen Bas Bandar tu, aku yang comel ni jalan kaki pun tak penat. Kalau difikir-fikirkan, memang semuanya dalam walking distance, memang office di Kokitab tersangatlah strategiknya, kesian orang-orang BBC.

Settle beli tudung, turun ikut belakang stesen bas, singgah kat kedai cake Sweden. Sedap-sedap jugak kek kat sini, semalam birthday Shikin Admin, we all beli strawberry cake kat sini lah, mmg sedap dan diakui ramai. Tengah belek-belek roti mana yang nak dibeli, alih-alih dengar salegirls kedai kek yg 4-5 orang tu macam menjerit-jerit teruja, seketika kemudian masuk lah sorang jejaka yang masih berhelmet di kepala, boleh dikatakan handsome la jugak. Bila dia bukak helmet, fuh memang confirm handsome, no wonder la salesgirls semua ni teruja, musti mamat handsome ni regular kat sini. Pizza sardine Sweden memang marvelous, aku grab pizza & peanut butter bun lepas tu terus ke kaunter, mamat handsome tadi beratur dibelakangku. Pizza = RM2.50 & bun = RM1.00, mata cashier tu asyik pandang mamat belakang aku ni je, sampai terketar-ketar tangan, RM3.50 pun tak boleh nak kira, menggelabah semacam. Alih-alih dia masukkan roti-roti mamat handsome tu dalam bill aku. Roti yang kubeli RM3.50 dah jadi RM6.00. Nasib baik aku tak melompat. Dengan cool aku sound cashier tu, “Duer ringgit setengoh campur seringgit kan tiga ringgit setengoh je”, aku bagi duit RM3.60, bukan nak mengena tapi kebetulan itu aje syiling yang ada. Lama dia tenung cash register dia tu, sbb dia tak boleh nak calculate berapa duit balance dia patut pulangkan. Aiseh, memang kemaruk dah cashier ni. Last-last, kawan dia yg datang hulurkan balance aku yang seposen tu. So morale of the story ialah, time keja, keja sungguh-sungguh, lepas office hour barulah bercinta … kui kui kui.

Catz: Gossip cinta terbaru terbongkar lagi.

Sunday, February 11, 2007

Comey Yang Semangak

Ada gotong royong masak bubur Asyura kat surau, tapi macam takde nampak orang havoc havoc pun kat situ. We all bangun lambat, tido tak berapa nyenyak, asyik terjaga malam je.

Kul 11:00am lebih, turun gi hantar kereta ke snow wash, budak basuh kete tu ckp, kul 3:00pm baru boleh settle sbb tak cukup orang, nak tak nak kena tinggal lah kereta kat situ & menapak balik ke Seri Kolam. And sebab kereta stranded kat car wash, we all pun gi lunch lambat. Around 4:00pm baru lunch kat kedai Mak Jah (bukan nama sebenar), dah mmg destiny nak makan kat situ, alih-alih Anuar & Edy datang makan sekali and end up Anuar yg belanja, thanks Anuar!

Lepas lunch, jalan-jalan kat Pasar Payang, nak balik rumah sure boring, so baik pergi cuci mata kat Payang. Jalan punya jalan, ada sorang Pokcik ni tegur “Semangak nye duer orang ni, adik bradik ke kawang? Padang je jalang berduer”, amboi lasernya mulut Pokcik tu, yg mengherankan tu, we all tak marah la pulak, sama join pakcik tu gelak-gelak. Memang semangat pun, semangat but comel, kui kui kui. Macam kelakar pulak rasanya, sbb jadi ‘tumpuang’. Masuk kali ni, kira dah 2nd time kena tegur camtu … nampaknya kena diet nih :)

Friday, February 09, 2007

Yet Another Friday

I’m not really a morning person but since I’ve been here in KT, my nights were restless, and morning seems to be very pleasing. The safest place for me is the living room. I feel very comfortable sleeping in the living room, Shonna agree with me. Somehow waking up in the middle of the night in front of the tv was soothing compared to the bedrooms, absurd huh?

6:40 am, terkejut bila nama macam dipanggil panggil. Semalam dah promised nak hantar Kak Mala ke Airport, alih-alih kul 7:00am baru bertolak dari Seri Kolam. Since flight Kak Mala jam 8:20am, so masih sempat lagi kalau tak speed. Lepas hantar Kak Mala, saje je belok ke Pantai Teluk Ketapang, cruise je sepanjang pantai, tutup aircond & bukak tingkap; nyaman je udara pagi … laut pulak tenang je hari ni, biru kehijauan. On the way balik, me&Shonna singgah breakfast kat Batu Buruk.

Sebab tak tau nak buat activity apa, we all kerjakan rumah macit ni, almaklumlah hidup menumpang … kena lah pandai bawa diri :) We all basuh semua sarung kusyen, jemur semua kusyen kat balcony, menyapu, mop, kibas-kibas … semua lah. Cuma kipas dengan langsir je tak dapat nak bersihkan sebab tinggi sangat & we all ni cute sangat untuk memanjat kerusi & meja yg ada, patah kang naya je kena ganti.

So, let the photo speaks for ‘emself…


Semua kusyen ditanggalkan ...


Jemur kat balcony, nasib baik tak jatuh ...

Kejap je kering ...

Bibik yg diimport dari HQ sedang menjalankan tugas ...

Kebersihan yang menyerlah ... meja makan di alih dari tempat asal untuk menampakkan keluasan rumah

Macam ni baru selesa nak golek-golek ... Amacam Aizah? Bersih tak? :)

Wednesday, February 07, 2007

Terkunci Lagi

Terkunci lagi. Those tombol pintu should have been fixed.

This morning we’ve tried to measure the length from Sri Kolam to Kokitab. We’ve started with 396.8 on the meter and ended up with 397.7, about 900 meters.

Tuesday, February 06, 2007

Le Tour de Langkawi @ Terengganu

First time tgk race ni LIVE. Since malas nak turun, we all jenguk dari tingkap je. Semua kertas majong & few cabinets terpaksa di alih untuk memberi ruang kepada yang lain untuk melihat sama. Tunggu dekat satu jam, alih-alih 10 seconds je dapat lambai2 kat cyclists & kenderaan pengiring.

Jauh lagi tu, diorang singgah losong makan keropok lekor.

Antara cyclist yg berjaya di capture.

Traffic pengiring ...

Friday, February 02, 2007

Bored

It’s Friday. As always I have nothing to do on Friday. Almost all stores in KT are closed. Everybody went back to KL except me. Just a short weekend break and I don’t think it’s worth it to drive a long 12 hours back and forth or pay at least RM240 for a round trip flight ticket. So I’ve decided to stay home, alone again.

Got nothing to do other than watching tv, doing my laundry, sleeping, cleaning spree … I’m bored … really bored. I watched Ultraman, the series I have not watched since I reached puberty.

B.O.R.E.D

Thursday, February 01, 2007

From Timesheet to Teluk Ketapang

It’s not easy to verify other people’s timesheet. Most of the tribe leads learn a new lesson today as they have to compile all their tribemates’ timesheet of the month. It sounds easy but a very tedious thing to do. Imagine compiling two hundreds head count at one time, masak! That would explain why all the tribe leads were so restless today. We got to do what we got to do … work must go on.

Eija is going back to KL tonite, so we had a shopping spree during lunch hour to buy some souvenirs. I bought something for myself, batik caftan for only RM10 & RM18 each, quite cheap for a hand-drawn batik.

Later in the evening, we planned to visit Pantai Teluk Ketapang again. Those cheap deep fried seafood keep us wanting for more ... sounds unhealthy but very delicious. Not good for the cholesterol, but value for the money. Suitable for hujung bulan & late pay day season. I’ve been there a lot lately. Think I’m getting attached to it. Sure it will be one of the tourist attraction lists for me to show my friends and families.

Photos of our new office ... atas permintaan ramai ... enjoy!

Baru u all tau susahnye nak verify timesheet orang! :) Seharian tak bangun dari kerusi layan timesheet anak buah masing-masing.

Ruang kerja QA, Project Exec, Researcher & Editor

Work Area Cik Has, sebelah kanan tu work area cik Amad

Work area Lead Programmer & Animator. Opps ada sorang pemain import dari HQ di work area Chuopa yg sedang cuti berkahwin.

Work area Lead Designers; Jamil, Achoi, Lala & Hasli

Work area Lead ID/SB; Sya & Farah

Bilik Admin

Ni apa borak ni, keje! keje! Shonna tgh bagi tazkirah, "Baru korang tau susahnya jadi leader!!".

Parking area sebelah office, tempat kami parking hari hari ... Gerai belang-belang; tempat we all breakfast almost everyday ... err cukup ke sebungkus nasi lemak?

Ruang kerja warga KKTB

Bilik meeting ... kerusi color code M2Farm

Notebook baru, ganti Dell ... ergh berat

My work area ...

Cekodok bilis yg menjadi igauan indah di Teluk Ketapang