Kenduri sempena menyambut bulan Ramadhan, meraikan Aisyah yang bakal ke Mesir dan Nordin yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang lalu. Tiada gambar yang diambil kerana kebetulan tiada yang teringat membawa camera. Ramai jugak rakan-rakan Nenek & saudara-mara datang. Meriah juga. Ada dua sesi bacaan doa, pertama di sebelah pagi oleh rakan-rakan Nenek dan yang kedua selepas zohor oleh rakan-rakan Atuk. Kenduri selesai lebih kurang pukul 3 petang. Mewah betul lauk pauk untuk kami bawa pulang. Semoga niat Atuk dan Nenek tercapai .. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment