Sunday, April 18, 2010

Patin

Siang tadi saya dan hubby ke Temerloh melawat ibu mertua yang sudah agak uzur. Alhamdulillah setelah ramai adik beradik sampai, berselera juga lah MIL saya makan (dah 5 hari tak selera jamah makanan).

Balik dari rumah MIL, kami bercadang nak singgah makan masak tempoyak ikan patin di pekan. TK yang suka sangat ikan patin, saya makan kuahnya saje since memang sejak azali saya tak makan ikan darat. Saya pernah dengar dari rakan-rakan tentang gerai yang agak terkenal dengan masak tempoyak ikan patin di Temerloh tapi saya lupa nama gerainya. So kami pun pilih lah salah satu gerai di hujung sekali (Anak buah TK yang tunjukkan kedai yang mana yang selalu ramai orang dan sedap masak tempoyak ikan patinnya). Setelah rasa masak tempoyak ikan patin yang dihidang, saya dan TK saling berpandangan dan berbalas senyuman, bukannya nak bercintan-cintun kat kedai yang panas tu, tapi sebab masak tempoyak tadi kurang kicknya, tidak seperti yang dijangkakan. Walaupun tak berapa kick, TK habiskan jugak ikan tu.

Rupanya kami ke kedai yang salah. Bila check kat internet, gerai yang terkenal tu gerai Pak Usop yang entah di mana lokasinya di bandar Temerloh tu. Next time boleh lah kami cari.

Gambar hiasan


Catz: masih blom mahu berkenalan dengan ikan darat

Saturday, April 17, 2010

Duit Kecik

Noon tadi singgah di McDonald Nilai. Masa tengah menunggu, terdengar perbualan di counter sebelah di antara cahier dan seorang customer.

Cashier: Semuanya RM33.90.
Customer: Ok (sambil mengeluarkan note RM50 dari dompetnya)
Cashier: Ada duit kecik tak bang?
Customer: Ada (lalu mengeluarkan duit kecik dari dompetnya dan diserahkan kepada cashier)
Cashier: Ni tak cukup ni bang, baru RM12 je ni.
Customer: (dgn nada selamba) tadi u mintak duit kecik kan?

So kesudahan dialognya, cashier tu tersipu malu & customer tersebut membayar jumlah yang sepatutnya dibayar menggunakan duit BESAR nya. Bravo kepada customer tadi sebab mengenakan cashier tadi dengan selambanya. Saya yang sedari tadi beratur di sebelah, tersenyum simpul sorang-sorang.



Ini photo takde kena mengena dengan kejadian di atas. Latest photo Khalisya yang ada dalam simpanan.


Catz: asyik terkena kes duit kecik kat 7E