Selamat berpuasa kepada semua pengunjung Putihsalju, rakan taulan dan sanak saudara. Semoga segala amalan yang dilakukan di bulan akan diterima dan diberkati ... Amin.
Lama betul tak update blog ni. Dah bersawang sana sini.
Kita semua dah mula menyambut bulan Ramadhan pada hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat juga berpuasa penuh walaupun agak tak selesa dengan heart burn & angin. Minggu ni dah masuk 21 weeks, Setiap kali menjelang berbuka, energy memang dah takde, kepala dah mula pening-pening. Risau juga kalau-kalau ada effect pada jr ni. Hopefully takde apa-apa & hopefully pening2 tu will go away bila dah beberapa hari puasa. And hopefully dapat lah puasa penuh tahun ni.
First day of ramadhan, macam biasa mak lah yang masak. And disebabkan mak labu kat rumah tu teringin pulak nak makan murtabak, Abah pun keluar cari murtabak di pasar ramadhan berdekatan rumah. Lagi 5 minit nak berbuka, baru Abah balik. Murtabak habis katanya, orang terlampau ramai especially student KUIS, so terpaksa dia bersusah payah gi kedai mamak beli murtabak. Ni semua gara-gara mak labu sorang tu hehe. Sorry Abah, sebenarnye kalau tak de murtabak pun takpe, bukan ngidam pun, teringin je :)
Ramadhan ni, TK's working hours pun berubah, class start kul 12:00pm sampai 5:00pm and lepas tu kena sambung monitor di buffet table sampai malam. Pukul 9:00 malam baru sampai rumah. Walaupun, terhidang indah buffet depan mata, tapi dek kerana busy, TK tetap nak balik makan kat rumah jugak. Semalam berbuka dengan seteguk air aje katanya, balik rumah baru makan. Kesian hubbyku ...
Setiap kali bulan puasa mmg teringin makan murtabak, bulan-bulan lain takde pulak teringinnyer hehehe
Catz: Ramadhan al Mubarak
3 comments:
allah noi,
terliuq makusu tengok murtabak tu,mesti nak suruh pak usu beli ni. hari kerja mesti tak sempat punya nak beli kena tunggu weekend baru boleh beli,sabar je lah,bakal dapat junior ya boleh kawan dengan uncle naufal le ye:-)
nampak sedap kan murtabak? kat pasar ramadhan putrajaya tu sure byk orang jual murtabak :)
... makin bertambah la niece uncle naufal hehehhe
i love murtabak, pastu suka makan ngan bawang yg merah tu, tak suka makan ngan kuah cam kari tu.
Post a Comment