Sunday, April 18, 2010

Patin

Siang tadi saya dan hubby ke Temerloh melawat ibu mertua yang sudah agak uzur. Alhamdulillah setelah ramai adik beradik sampai, berselera juga lah MIL saya makan (dah 5 hari tak selera jamah makanan).

Balik dari rumah MIL, kami bercadang nak singgah makan masak tempoyak ikan patin di pekan. TK yang suka sangat ikan patin, saya makan kuahnya saje since memang sejak azali saya tak makan ikan darat. Saya pernah dengar dari rakan-rakan tentang gerai yang agak terkenal dengan masak tempoyak ikan patin di Temerloh tapi saya lupa nama gerainya. So kami pun pilih lah salah satu gerai di hujung sekali (Anak buah TK yang tunjukkan kedai yang mana yang selalu ramai orang dan sedap masak tempoyak ikan patinnya). Setelah rasa masak tempoyak ikan patin yang dihidang, saya dan TK saling berpandangan dan berbalas senyuman, bukannya nak bercintan-cintun kat kedai yang panas tu, tapi sebab masak tempoyak tadi kurang kicknya, tidak seperti yang dijangkakan. Walaupun tak berapa kick, TK habiskan jugak ikan tu.

Rupanya kami ke kedai yang salah. Bila check kat internet, gerai yang terkenal tu gerai Pak Usop yang entah di mana lokasinya di bandar Temerloh tu. Next time boleh lah kami cari.

Gambar hiasan


Catz: masih blom mahu berkenalan dengan ikan darat

Saturday, April 17, 2010

Duit Kecik

Noon tadi singgah di McDonald Nilai. Masa tengah menunggu, terdengar perbualan di counter sebelah di antara cahier dan seorang customer.

Cashier: Semuanya RM33.90.
Customer: Ok (sambil mengeluarkan note RM50 dari dompetnya)
Cashier: Ada duit kecik tak bang?
Customer: Ada (lalu mengeluarkan duit kecik dari dompetnya dan diserahkan kepada cashier)
Cashier: Ni tak cukup ni bang, baru RM12 je ni.
Customer: (dgn nada selamba) tadi u mintak duit kecik kan?

So kesudahan dialognya, cashier tu tersipu malu & customer tersebut membayar jumlah yang sepatutnya dibayar menggunakan duit BESAR nya. Bravo kepada customer tadi sebab mengenakan cashier tadi dengan selambanya. Saya yang sedari tadi beratur di sebelah, tersenyum simpul sorang-sorang.



Ini photo takde kena mengena dengan kejadian di atas. Latest photo Khalisya yang ada dalam simpanan.


Catz: asyik terkena kes duit kecik kat 7E

Wednesday, March 31, 2010

Don't Worry Be Happy

Selalunya around 630pm saya dah bergolek-golek dan benyanyi nyanyi bersama Khalisya, tapi hari ni saya bergerak dari office agak lambat, around 730 and singgah pulak di Azhar Maju menapau apa yang patut untuk seisi rumah. On the way back tu, saya terfikir, alangkah bagusnya bila saya sampai di rumah nanti segala kerja rumah yang tergendala sudah ada yang tolong selesaikan. Macam-macam saya fikir sepanjang perjalanan, kesian Mak kena jaga Khalisya sampai malam ... dirty laundry yang menimbum sedang menunggu untuk dicuci ... kain yang dah dibungkus rapi semalam perlu dilipat dan macam-macam lagi.

Sampai je dirumah, pintu gate telah ada yg bukakan. Khalisya elok dipangku Mak sambil matanya terkebil-kebil mengantok. Kata Mak, dia baru je selesai solat, tadi TK yang jaga Khalisya. Wah! Kemudian saya ke dapur untuk selesaikan dirty laundry saya yg menimbun ... aikk bakul laundry dah kosong, baju dah siap dibasuh. Syukur alhamdulillah, badan yang tadi penat terus bertenaga semula sbb seronok bila apa yang difikirkan tadi jadi kenyataan. Kalau macam ni, bolehlah saya balik lambat selalu :)


Catz: senang hati jek malam ni ...

Sunday, March 28, 2010

Jalan-jalan Hujung Minggu

Sabtu lepas saya ke MMSC Get Together Party di The Heritage Residences. Nasib baik TK masih bercuti, so boleh lah bawa Khalisya sekali. Last year saya tak dapat attend Party ni, dengarnya it was a blast. Tahun ni walaupun ramai yang tak dapat datang, masih lagi seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan yang memang dah lama tak jumpa. Khalisya pun dapat jumpa kawan-kawan sebaya cam Muya(Jalina's) & Aisyah(Fly's).

Sunday pulak, we all jalan-jalan kat Mines. First time bawak Khalisya pergi shopping mall. Bukan tak nak selalu bawak Khalisya jalan-jalan camni, tapi Khalisya ada motion sickness, kereta start gerak je, dia start la nak muntah. Rasanya saya kena selalu bawa Khalisya naik kereta untuk hilangkan mabuk dia tu.

Antara yang hadir MMSC Get Together Party. TK & Khalisya is not in the pic sbb masa tu, Khalisya tengah menyusu.

Kekokkah lagi saya dukung Khalisya?

Before naik atas to venue party, we all singgah mengalas perut di bakery kat lobby Heritage. Erks tak sedap! Tu muka TK yang tgh panas sbb food rasa macam nak expired tu.

Ada 3 baby yang hadir party tu, Khalisya the smallest, baik dari segi physical mahupun umur. Syioknya depa tidoq!

Khalisya suka jalan-jalan naik stroller, sampai ibu angkat pun dia marah hehe.


We all lunch kat SweetChat, apa lagi makan dessert lah. Khalisya pun lunch gak.


Catz: Weekend ni nak kemana yek?

Friday, March 26, 2010

Shocked

Berderau darah saya bila Abah pagi2 lagi dah bagi tau nak bawa Mak ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah sebab separuh badannya kebas. Tak tenang hati nak ke office tadi, tetapi terpaksa saya gagahkan diri jugak ke office hari ini since ada meeting yang perlu saya hadiri pagi tadi. Khalisya saya tinggalkan pada ayahnya along with a longgggg to do list.

Around 10:00 am dapat call dari Abah, dr suspect Mak macam nak kena stroke and since Azzahrah tak ada equipment yang diperlukan untuk scan, case Mak di refer ke KPJ Kajang.  Makin tidak senang hati saya di office, nak balik rumah, kerja pula menimbun tunggu untuk diselesaikan. Alhamdulillah result scan di KPJ takde kesan apa apa darah beku yang boleh menyebabkan stroke. Maybe Mak terlalu letih & masih shocked dengan berita pemergian kakaknya mengadap illahi tempohari. So untuk beberapa hari since Mak Long meninggal dunia last Tuesday, tugas-tugas menjaga Khalisya, TK yang galas sepanjang saya di office. Nasib baik TK cuti 5 hari since sekarang bukan peak season.


Mak & Abah sewaktu bercuti ke KT around 2007 dulu.




Catz: nampaknya Khalisya kena ikut ibu pegi party la this Sat ... hehe

Friday, March 19, 2010

Cukur Jambul

Majlis cukur jambul Khalisya berlansung dengan serba sederhana. Atok & Nenek Khalisya yang beriya tetapkan tarikh, parentsnya ikut je. Sehari sebelum majlis, saya round2 kat Alamanda cari baju yang sesuai untuk Khalisya pakai. So pagi tu Khalisya dah ready seawal 8:30am sebab uncle-uncle Color Radius Studio (CRS) nak adakan sesi bergambar eksklusif untuk Khalisya seorang aje. Thanks to uncle-uncle CRS yang dgn murah hati cover kan majlis cukur jambul Khalisya.


Sebenarnya Khalisya jarang berputing, tapi time uncle-uncle CRS nak start sesi photography, Khalisya meragam sikit sbb nak tido, so ibunya sumbat lah dengan puting tu. Sejurus selepas gambar ni diambil, Khalisya pun zzzzZZZZZzzzzz.


Kumpulan Marhaban ni yang dijemput khas dari Kg. Bahagia, Bangi Lama. Ahli-ahli kumpulan ni terdiri drpd old timers dan menurut kata mereka, mereka mempunya pelbagai warna baju kumpulan ... just name it, u got it. Hm kenapa la agaknya tak request diorang pakai pink yer ... baru kena dengan tema.


Walaupun bak kata adik2 CRS saya nampak macam ahli putri umno, tapi saya suka gambar ni. Mesti Khalisya pandang saya tu sbb dia pun nampak saya macam ahli putri umno hehe ...

Thanks lagi sekali CRS for the photography. More pictures of the Majlis here ...

http://www.flickr.com/photos/colorradius



Catz: Tak sabar nak tgk the whole pictures ...

Tuesday, March 16, 2010

Staff Party @ Legend Water Chalet

Since kahwin, belum pernah sekali pun TK&me attended a staff party or gathering office masing-masing. Lepas TK start kerja nun di negeri jiran, baru lah merasa dijemput ke staff party... itupun dept party je. Siap boleh bawak the whole family (kalau nak). Department diorang ni macam family sebab the HOD is very friendly and caring. Mengikut cerita-cerita yang saya dengar, every year event ni diadakan tanpa menggunakan sesen pun duit company mahupun staff. Interesting kan? Diorang ada cara tersendiri untuk kumpul dana bagi event macam ni.

Hm ... teringat pulak doulu2. Once pernah jugak merasa duduk dalam a big department yang rata-rata staff nya bagai family sendiri, mana taknya, kalau dah siang malam pagi petang makan tido di office ... for sure macam family.


View dekat pool. Ni lah lokasi staff party kali ni. Walaupun cuaca agak panas and food tak berapa memberansangkan, still rasa seronok coz ni lah first time dapat kluar malam sejak lepas pantang. The event took place beberapa hari selepas 44 hari saya berpantang hehe. Of course Khalisya tak ikut, dia masih berpantang (neneknya tak bagi bawak!) :)


Gambar TK je ada, saya tak byk bergambar sbb since lepas pantang ni cam dah double the original size hehe.

Dengar2nya, the biggest event of the year akan diadakan soon, All Staff Party dengan tema Pirate of the Carribean, tapi malangnya, spouse tak boleh ikut sbb staff sahaja dah cecah angka ratus ratus ... kalau semua bawak spouse or family, satu padang bola pun tak cukup kot :) Nasib baik jugak lah tak boleh nak pergi, kalau tak, baju ala ala pirate yg bagaimana sesuai utk saya? *tak dapat di imagine*.


Catz: kalau makan free ... kat memana pon best! :)

Monday, March 15, 2010

Back to Basic

Macam tahun-tahun sudah, putihsalju akan berubah wajah bila masuk tahun baru. This time the theme is back to basic macam awal-awal dulu. Saya cuba nak kembalikan mood untuk rajin-rajin menulis coz now ni dah agak malas nak blogging walaupun banyak cerita yang nak di share.

Catz: Oh mood ... datanglah!

Thursday, March 04, 2010

Kisah Khalisya

Khalisya memang suka tido. Kadang-kadang kena dikejut time feeding. Kalau dah lena sgt, bunyi bising pun Khalisya tak layan.


Ni posisi favorite Khalisya time tido. Kaki akan buat huruf M, badan pulak huruf S. Isk dah ada potensi jadi cheerleader anak ibu ni.


Kalau tak tido, Khalisya suka berborak dan bergelak ketawa dengan lampu or kipas. Khalisya akan sapa lampu tu kalau tak ON and kipas tu kalau tak berpusing. Kadang-kadang pintu & tangga join sekali bergurau senda dengan Khalisya.


Khalisya tak pandai nangis-nangis selalu, buat masa ni lah, in future tak tau la pulak. Kalau nangis pun hanya sepatah dua kata. Jiran sebelah pun ada tanya kenapa tak pernah dengar suara Khalisya nangis. Dulu masa Khalisya dalam perut, ibu selalu pesan supaya jgn kuat nangis, tapi tak sangka pulak Khalisya betul2 boleh dengar cakap ibu. Khalisya akan jerit "Air!" kalau dia nak susu. Kalau Khalisya dah byk kali try untuk meniarap tapi tak dapat, Khalisya akan jerit "Air!" jugak. Kalau Khalisya kena gomol oleh ibu or ayah, dia akan jerit "Air!" jugak. So, so far, Khalisya dah pandai sebut perkataan 'Air' or 'Aik' walaupun dia sebenarnya tak faham pun maksudnya apa hehe.


Khalisya memang tak pandai posing kalau bergambar. Fotogenic pun tak. Puas lah ibu bagi signal or agah-agah suruh dia pandang camera, sikit pun dia tak layan. Ni je lah antara gambar yang Khalisya pandang tepat pada lensa cap ayam ibu ni. So ... challenging la sikit sesi photography bersama uncle-uncle CRS (Colour Radius Studio) nanti.


Now, Khalisya dah kenal suara suara di kelilingnya. Suara Atok, Nenek, Ibu & Ayah. Bunyi selipar Atok pun Khalisya dah kenal sebab Atok selalu bawak Khalisya pegi jalan-jalan kat luar. Sejak Ibu dah start kerja, Atok & Nenek yang jaga Khalisya, so hari-hari bila dengar suara ibu bila balik kerja, mata Khalisya akan melilau-lilau cari ...


Now Khalisya dah 2 bulan 5 hari, berat badan baru 4kg lebih & panjang 57cm. Baru pandai mengereng dan meniarap walaupun kepala still tak larat nak angkat.

So itulah kisah Khalisya buat masa ini, untuk yang merequest photo terbaru Khalisya, enjoy the entry :)


Catz: Kesian Khalisya tgh batuk-batuk now ni ...

Tuesday, January 12, 2010

Our New Bundle of Joy

As promise, ni gambar-gambar Baby Khalisya .... enjoy :D


1 day old. Pic dalam intensive care nursery ni was taken by my Mak Usu. Khalisya nampak macam pakai blusher, sebenarnya bekas plaster wire oxigen eh betul ke eja oxigen?


2 weeks old. Tgh tido pun boleh buat signal half time.


Dari dalam peyut ibu sampai la dah keluar, asyik sedu je ....


Catz: more updates later ...

Monday, January 04, 2010

I'm A Mommy

Announcement ... announcement!

As of 26th December 2009, I'm officially a Mommy! :)

Our little Qaireena Khalisya was born at 4:50pm @ Hospital Pakar An-nur Hasanah, BBB. Will update more later since I'm still recovering from a spinal headache due to epidural procedure complication.

To frens who I've promised to inform about the newborn but I did not, I'm terribly sorry. I managed to sms some frens and hopefully they spread the news.

More updates later ...


Catz: she's special ... :)

Tuesday, December 01, 2009

35 weeks Update

Now dah terasa keberatannya. My belly bump dah start pressing on my pelvis and thigh. Nak melangkah pun kena put some effort, tu sbb jalan dah serupa macam itu penguin hehehe. Even though baby bump tak berapa besar, tapi macam kata my officemate, dah nampak ranum sangat hehehe ... berjalan dah tak berapa larat, coz kaki dah start membesar, dah macam kaki incredible hulk ... serious!

As of last week's check up, kepala baby dah engaged ke tempat yang sepatutnya. Cuma berat baby ada sedikit kemushkilan ... dr kata hanya estimation, so takde la risau sangat. So next appointment will be on the 36th weeks (next week) and every week after that sehinggalah bersalin.

Persedian barang-barang, ada lagi yang kena beli. Hope sempat lah beli, since TK yg hantar & ambik dari kerja ni, rasa cam susah nak kemana-mana. Kalau drive sendiri, dah lepas dah ke Manjaku or Mines or memana la shopping barang2 baby mana yang tak cukup.

Sepatutnya this Sunday kena attend antenatal class, tapi since TK has to work that day, so cancel lah, dok rumah je la membesarkan perut :D So kena la menjawab dengan my O&G yang beriya-iya suruh attend class tu.

Hopefully darah tak naik towards the end of pregnancy, so far alhamdulillah tak pernah naik. Takut jugak since dah gain about 10 kg dah ni, with family history of high blood, takut-takut kalau darah naik ... mintak dijauhkan.


Catz: Semoga di permudahkan segalanya ya Allah .... Amin!

Sunday, November 29, 2009

Dinner

Tiba-tiba je TK nak masak western dinner utk the whole family. So menu malam ni, Chicken Chop TK's Style lah with lots of salad topped with homemade thousand island, garlic mash potatoe as the side dish and of coz black pepper sos ... semua homemade fresh from TK's kitchen (pinjam Mak's kitchen hehehe).

love the garden salad, even my bro yg jarang2 makan sayur pun love it ... katanya TK's thousand island best!


enough for everybody .... the complete dish without the black pepper sos


Catz: Baby-K yg teringin makan western ...

Friday, November 27, 2009

Family Gathering

My brother decided to belanja the whole clan makan-makan on Aidil Adha. Dah lama hajatnya nak belanja everybody, dari plan nak ke Tupai-Tupai, BBQ kat rumah ... and lastly treat everybody in a small celebration doa selamat kat rumah Atok & Nenek. Not just all the uncles and aunties were invited, jiran-jiran terdekat and rakan-rakan Atok & Nenek dapat sama-sama menjamah hidangan. Tapi takde gambar yang dapat di snap since, camera woman dah sarat & tak berapa larat nak berjalan, asyik duduk kat area yg ada kipas je hehehe.

To my bro, thank Q for the treat.

Oh! Nur Kasih final episode tonite ... cam tak puas pulak tgk!


Catz: Selamat Menyambut Aidil Adha ...

Wednesday, November 11, 2009

Week 32 Update


Ada appointment dgn O&G today and alhamdulillah baby's in the right position and beratnya dah cecah 2.03kg eventhough Dr. kata perutku macam orang pregnant tak cukup bulan hehehe. Pelik jugak, berat mommy maintain macam last 2 weeks, takde kenaikan.

What I have feeling so far this 2 weeks? Mostly macam last 2 weeks entry minus the appetite for food, few days ni tak berapa selera makan.


Catz: heartburn oh heartburn ...

Monday, November 09, 2009

Birthday Get Together

Happy belated birthday to Qaseh, such a late entry untuk birthday party Qaseh ni. Seronok coz dapat berkumpul dengan kawan2 (or should I say ... adik-adik ... hehehe). Thanks to PapaQaseh kerana sudi menjemput kami.

Macam-macam pose ada hehe ...


Another version ...


Wah, ramai yg dah makin sihat ... yang bawak perut semua cover!


Macam style cover novel la pulak ...


Catz: Thanks pada owner2 DSLR untuk gambar2 di atas ... hehehe

Wednesday, October 28, 2009

Week 30 Update


Time really flies, just like a blink of an eye. Its my 30th week already?

Had an appointment with o&g yesterday, and Alhamdulillah baby is in good condition with estimated weight of 1.589 kg. Mommy has also gain weight *sigh*, its a good sign though.


What i have been feeling so far this week?
1. Lotsa gas and heart burn
2. Pain in my left rib when I lie down on my left side
3. There r lotsa kicking, jabbing and moving around in my tummy
4. My back hurt pretty bad, especially getting up from bed in the morning
5. Uncomfortable night sleep
6. Tremendous appetite for food
7. Baby bump getting bigger ... finally
8. Increase of body temperature ... the air-cond need to be ON everyday


Catz: asyik lapar ... argh!

Monday, October 26, 2009

It's Been Awesome!

It's our wedding anniversary! And both of us forgot about it. Anyway, it has been an awesome year for us. May Allah bless both of us an ever lasting love and happiness. Amin.


time flies ... it was just like yesterday


tafakur ...


happy ...


funny pics, but i like it so much ... one of my fav


Semoga berkekalan .... Amin


Catz: camne leh lupa? hehe

Tuesday, October 13, 2009

Jogger in Da House


Seronok kalau dapat tau kawan2 dah start berblog, lagi-lagi yang ada concept agak lain dari yang lain macam Jogger ni. Betul ke dah habis baca all 200 entries? :D Anyway, luv your ideas in BlogJog and terima kasih for the reviews untuk putihsalju.

Opps entry yang awak tak jumpa tu ... entry lelayang (Sepetang di Batu Buruk).


Catz: BlogJog ... hmm betul lah, kena sebut betul2 hehehe ...

The Old Days ...

I came across this fantastic vintage photo of ABC block of MRSM Qtn batch 91. I looked so young and in a great shape wearing my netball's jersey. Thanks to Fairuz for the photo. I'm currently in the process to gather my old photos back since I've lost lots of mine during a house fire years ago.

To my school, college & university friends who happen to read this entry, should you have a photo of me during our old days, would appreciate if you guys could share it with me ... :) I really missed my old photos especially during the school days.


Catz: the beauty of digital world ... old photo brought to life

Monday, October 12, 2009

Happy Birthday Bro

The clan went to Tupai2 to celebrate my first bro's birthday. Makan-makan lagi sampai penuh tangki tak boleh nak isi. Anyway, thanks pada yang belanja and Happy Birthday to the birthday boy. Tak dak gambar coz very the busy makan-makan ....


Catz: another birthday coming up soon ...

Saturday, October 10, 2009

Tag Masak-Masak

Tag masak memasak from Ana:

1. Suka memasak?

Well, depends pada masa dan siapa ada dirumah. Masa merantau & kena duduk sorang2 dulu, tak kiralah masa belajar or kerja, suka gak memasak untuk diri sendiri. Tapi kalau kat rumah parents or ada orang terel masak, jadi tak berapa suka memasak hehehe ... boleh ke camtu? :D

2. Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah ... (2 jenis)

Seingat-ingatnya, menu masakanku untuk orang-orang tersayang di rumah ni amatlah terhad. So 2 jenis yg terpilih adalah, chicken & mushroom spaghetti (my style) & telur goreng mata.

3. Makanan istimewa yang anda suka di waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)

(1) Ketupat with kuah kacang - tanpa ketupat dan kuah kacang, feel raya kurang.

(2) Rendang ayam mak & rendang daging (minang) - hm tak ramai yang dapat hasilkan both rendang ni dengan sempurna ... hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu apa rahsianya hehe :D

4. Kuih raya kegemaran anda dan si dia

Si dia tu hubby tersayang la kot kan? :D My fav kuih raya ada a few, one of it of coz lah tart nenas. TK pulak ... tak berapa suka kuih raya, but lately tgk dia suka menghadap cornflakes choc chip cookies ... dah nak habis dah sebalang.

5. Tayang sikit masakan dari anda.

Ha ... yang ni agak payah sikit ni, sbb tak berapa rajin tangkap gambar di kala sedang memasak, sbbnya julung-julung kalinya pun dapat memasak kat rumah hehehe.

ni lah antara yang pernah ku masak ... ada lagi few masakan fusion camni yang photonya di capture dan dimasukkan dalam putihsalju .... cuba tgk sini

6. Tag 10 orang rakan ada.

Ramainye 10 ...

1. Jalina - Sweet Sweety Sweets (ni rajin masak gak ni)
2. Chuop - Kasih for Qaseh (wife dia yg selalu masak ni)
3. Suhana - Love Today (ado maso ke nak jwb tag nih? hehe)
4. Shonna - Indah Diabadiekan (masa dia pregnant dulu rajin masak cake & cookies, sekarang???)
5. Mak Usu - Najid Family (jwb jgn tak jawab tag ni hehe)
6 - 10. Untuk kengkawan or sesiapa sahaja yang nak menjawab tag ini, dipersilakan ....

Catz: masak air den paling terel ... hih hih

Thursday, October 08, 2009

Shrinking

Hari-hari before pergi kerja, mesti termenung kejap depan wardrobe, dah takde baju yang muat nak dipakai. Semua tak muat tang perut. Baju kurung semua dah tak boleh nak kancing. Uniform ada sehelai dua je, nak beli uniform banyak-banyak pun bukan ada size, nak tempah pulak makan masa. So hari-hari ku akan termenung lagi la nampaknye depan wardrobe tak tau nak pakai apa pegi ofis.


Catz: pakai baju kelawar aci tak?

Tuesday, October 06, 2009

She's Finally Stop Hiding

We're reaching our third trimester soon. It's the 27th week and finally she stop hiding from the ultrasound scan. Yup, its a GIRL :D

Baru balik from monthly check up. Alhamdulillah baby's in good condition, weighing 1.1kg at 27weeks. Berat ibu yang tak naik-naik sejak beberapa bulan dulu, akhirnya naik 2kg ... phew! Tapi perut still tak nampak sangat, sampai terkezut nurse kat klinik tadi bila tgk record ku dah nak masuk 7 bulan, siap boleh pakai baju kurung lagi. Ini baby duduk dalam closet baik punyer hehehe

Oops sorry tak bleh nak post gambar scan "Its a GIRL" sbb cencored ehehe ...


Catz: 2 more mths to go ...

Sunday, October 04, 2009

Jamuan Raya MLG-2009

On Tuesday hari tu, office buat Jamuan Raya untuk staff, client and partners. So these are the photos taken by all the DSLR's owners (Jamil & Afian).


Posing sambil tolong-tolong susun kuih. FYI, that's one of my uniform raya, takde baju kurung this year sbb tailor terbuat kecik tak muat perutku.

Suasana sebelum tetamu tiba, caterer pun baru selesai susun2 meja & food.


Aksi penyambut tetamu ...


Pose-pose sebelum waktu makan tiba ... ramai yang pakai tone merah.


Staff beratur di buffet line ...


Waktu staff menjamu selera ... time ni client and partners belum sampai ...


Antara hidangan istimewa, kambing panggang rempit (naik motor) hehe


Catz: seronok open house ... berkilo-kilo air ku minum ...

Saturday, October 03, 2009

Entry Raya

Sejak Raya memang tak sempat nak post any entry pun.

On Friday before Aidilfitri hari tu, bertolak ke Kuantan betul2 lepas sahur. So jalan memang peaceful lah, cuma tak tahan driver kuat mengantok lah. Berapa kali berenti tatau nak cakap, mengalahkan ada budak kecik ikut sekali :D

First stop, Temerloh. Kami ke Kg Bintang, Kg arwah my FIL. Sampai sana around 8:30am. TK ziarah pusara ayahnye, ku tunggu dalam kereta je since TK tak bagi wondering around kat kawasan tanah wakaf tu. Lepas tu ziarah sedara mara dekat-dekat area kg Ayah tu. Around 12:00pm++ kami gerak ke Kuantan.

Satu malam je spent kat Kuantan, coz TK kata tahun ni raya di KL, ku ikut je la :D
Di Kuantan sempat jugak celebrate birthday my SIL & nephew. The day before raya eve tu, berkumpul la sanak saudara nak celebrate birthday dua orang ni lepas solat terawih, sempat jugak la tgk Nur Kasih sementara tunggu semua orang balik dari terawih. Acara pun start around 10:00pm++ ... agak meriah jugak since kuih-kuih raya pun ada, macam raya jugak rasanya.

Balik from Kuantan on Raya eve, singgah di Mentakab rumah SIL. Kebetulan anak-anaknya semua dah balik beraya including the one yg study kat Aussie. Meriah gak lah rumah sbb anak cucu dah balik. Cucu TK, cucuku jua la kiranya kan :D Sampai je Mentakab, my BIL tgh bakar lemang & SIL tgh merendang kambing gurun katanya. So setelah diajak berkali-kali, TK pun tempting la nak berbuka kat situ, nak rasa masak tempoyak ikan tapah masakan abg nazri + rendang kambing gurun Teh tu. Ku ikut jer macam biasa hehe walaupun pinggang & belakang ni dah meronta-ronta mintak baring hehe. Berselera jugak lah berbuka dengan rendang kambing gurun tu, and since ku tak makan ikan sungai, TK lah yg beriya iya makan masak tempoyak ikan tapah tu ... huhu ntah apa rasanya, sedap la kot sehingga menjilat jari :D

Sebelum balik, sempat jugak TK main mercun dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Menjerit-jerit monyet kat hutan berhampiran dek kerana bising mercun tu.

Around 9:00pm, kami bertolak ke KL. Bila perut driver dah kenyang, sure lah mengantuk, so stop jugak lah beberapa kali untuk lelap mata. Kalau ku tak bawa perut ni & pinggang tak sakit, dah lama ku teruskan driving. Last-last sampai BSP around 11:00pm jugak. Sampai-sampai je, TK dah ajak my bro pi main mercun pulak. Macam tu la kalau rumah takde budak-budak, last-last bapak2 budak yang main mercun. Anyway, seronok jugak la sbb dah lama tak tgk orang main mercun.

Cake utk Akak & Along Boy


Bergaya jer ni hehe

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

Yup ... julung-julung kalinya ku balik kampung. Tu pun kampung TK. Nak kata excited sangat tu tak lah memandangkan highway yang jam & perjalanan yang for sure akan menyakitkan belakangku ni.

Plannye esok lepas sahur, kami akan bertolak ke Kuantan, singgah sebentar di Temerloh untuk ziarah pusara ayah TK. Raya eve akan balik KL semula. So akan beraya di KL juga lah tahun ni macam tahun2 sebelum ni, cuma beraya kali ni bukan sorang tapi berdua setengah.

So bagi kawan-kawan yang bakal pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalan raya. Kalau ada rezeki bertemu kita di highway atau R&R mana-mana. Jgn lupa top up touch n go sbb toll for sure akan panjang berjela. Kepada rakan2 yang masih bekerja esok, banyak2kan sabar yer hehehe ...



Catz: oh oh oh balik kampung oh oh oh balik kampung ...