Balik dari rumah MIL, kami bercadang nak singgah makan masak tempoyak ikan patin di pekan. TK yang suka sangat ikan patin, saya makan kuahnya saje since memang sejak azali saya tak makan ikan darat. Saya pernah dengar dari rakan-rakan tentang gerai yang agak terkenal dengan masak tempoyak ikan patin di Temerloh tapi saya lupa nama gerainya. So kami pun pilih lah salah satu gerai di hujung sekali (Anak buah TK yang tunjukkan kedai yang mana yang selalu ramai orang dan sedap masak tempoyak ikan patinnya). Setelah rasa masak tempoyak ikan patin yang dihidang, saya dan TK saling berpandangan dan berbalas senyuman, bukannya nak bercintan-cintun kat kedai yang panas tu, tapi sebab masak tempoyak tadi kurang kicknya, tidak seperti yang dijangkakan. Walaupun tak berapa kick, TK habiskan jugak ikan tu.
Rupanya kami ke kedai yang salah. Bila check kat internet, gerai yang terkenal tu gerai Pak Usop yang entah di mana lokasinya di bandar Temerloh tu. Next time boleh lah kami cari.
Gambar hiasan
Catz: masih blom mahu berkenalan dengan ikan darat
No comments:
Post a Comment