Thursday, October 19, 2006

9th Anniversary Banquet

Palace of Golden Horses jadi pilihan tempat berbuka tahun ni. Good job to penganjur for bersusah payah menjayakan majlis. Thanks to pencari peta kerana dapat cari jalan pintas ke POGH. Tak sempat nak ambil gambar makanan since lambat tiba di dining hall, nak jeling-jeling pinggan orang sebelah pun tak sempat sebab semua dah start 2nd round.


Inilah masanya untuk berbual mesra dengan rakan-rakan yang lain. Sambil makan, boleh ketawa, bergurau senda, berkenalan, berbalas senyuman, berjeling-jelingan ... kan seronok tu. Majlis yang hanya diadakan setahun sekali ni jadi medan untuk merapatkan sillaturrahim & ukhwah ... chewah :) Semoga tahun-tahun depan ada lagi.


Antara barisan pelakon-pelakon The Hands that Rock the Cradle. Wanita-wanita tegar mmsc. Nampak ayu je Erica berbaju kurung. Sesi bergambar lah acara paling meriah dalam majlis. Flash sana, flash sini, dah rasa macam artis pulak! :)


Antara warna-warna yang matching dengan carpet dining hall. Si kecil ber tshirt merah tu, I lah yang belikan di Germany tu hari, cantik kan?

1 comment:

Anonymous said...

Patut nampak tangan akak kat sleeve baju dia.."aku beli nih..!"..ekekeke