Monday, May 08, 2017

Taman Tasik Cempaka

Last weekend sempat bawa Doter jalan-jalan di Taman Tasik Cempaka. Selalu lalu di kawasan  ni tapi tak pernah singgah dan tak tau apa yang ada dalam taman ni.

Taman Tasik Cempaka terletak bersebelahan Kompleks PKNS, McDonalds dan Bangi Sentral. Macam taman-taman riadah yang lain, TTC juga ada jogging track, tasik dan taman permainan kanak-kanak. Kemudahan lain seperti parking dan tandas awam pun disediakan untuk orang ramai. Antara yang menarik di TTC adalah kemudahan menyewa basikal dan remote control cars untuk pengunjung meneroka taman selain berjalan kaki.


Trek laluan 10,000 langkah ... memang sesuai dengan aktiviti harian saya.


Ada beberapa kemudahan untuk menyewa basikal, remote control cars dan skuter. Ada pelbagai jenis basikal untuk pilihan pengunjung. 


Sewaan basikal orang dewasa bermula dengan RM10 untuk setengah jam, basikal kanak-kanak RM10 untuk disewa sehingga 7:00 PM. Sewaan untuk remote control cars adalah RM15 dan skuter RM25 untuk setengah jam.


Since Doter pilih nak naik "4WD", kami ikutkan aje. Pakai seat-belt dulu ... 


...and off we go ... penat juga la menapak ikut 4WD dia ni, ntah berapa kali tawaf sekitar taman ... 


Catz: definitely akan datang lagi, next time naik basikal pulak ... 

Sunday, May 07, 2017

Festival Bundle and Vintage, Bandar Baru Bangi

My Shuben is a fan of bundle and vintage. Pagi tadi, Shuben ajak jalan-jalan cuci mata di  Festival Bundle and Vintage di perkarangan parking lot bersebelahan Kompleks PKNS & McDonald Bandar Baru Bangi.

Festival ni memang sarat dengan barangan vintage dan preloved, banyak juga yang 'rare'. Memang heaven lah bagi peminat macam Shuben. Since I'm not into 'bundle' sangat, kira ok lah boleh cuci-cuci mata.


Tang ni lagi menarik minat saya dari bundle and vintage. Shuben pun dah lama mengidam nak pekena doyan, dapat lah rasa sikit walaupun harga takde lah murah mana. Saya masih dalam 'no sugar' mode, so tengok je la, ambik bau.


Antara barangan branded dan preloved yang dijual ... 


Seronok dua beranak ni jalan-jalan cuci mata, Ibu kat belakang asyik lap peluh je bawah panas terik 


Catz: kecor tgk Shuben pekena doyan ... 

Thursday, May 04, 2017

Apple Leadership and Learning Event

Hari ini saya berpeluang menghadiri Apple Leadership and Learning Event yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway.

Acara hari ini direka untuk memberi pendedahan kepada Educational Leaders tentang transformasi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Apple Technology serta memberi peluang kepada peserta untuk meneroka lanskap perubahan kandungan digital dalam pendidikan kini.


Gallery Walk - Salah seorang Certified ADE (Apple Distinguished Educator) sedang memberi penerangan tentang pengalaman dan bahan digital yang telah dibangunkan.


Breakout session 1 - Peserta didedahkan kepada aplikasi Classroom untuk iPad. Apps ini boleh diklasifikan sebagai powerful teaching assistant di dalam kelas.


Breakout Session 2 - Peserta dibawa untuk meneroka bagaimana mengaplikasikan transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan iTunes U


Catz: A very informative event

Tuesday, May 02, 2017

Meniti Titian Usang


Kita sibuk mengesot mengharung traffic jem, dia pun sibuk bawak family & friends menyeberang jalan. Scenario pagi tadi waktu berhenti di traffic light simpang ke Dengkel from Bangi Lama. Kita lucu tgk depa menyeberang, ntah-ntah mereka pun lucu tgk kita duduk dalam kotak besi mengesot-ngesot dalam jem.


Peratikan ekor yg depa guna utk balancekan body masa menyeberang.


Yg depan tu act macam ketua rombongan usha line & make sure semua ahli rombongan selamat melintas.



Catz: Nampak tak betapa jemnya waktu tu sampai sempat ambik gambar & buat ulasan 😀