Saturday, June 10, 2017

Trip to Gurun, Kedah

14 - 17 May 2017

Three weeks ago ada urusan kerja di Gurun, Kedah. Dah lama tak pi Kedah baq hang! Last time tidoq Kedah masa event sukan antara matriks di Kulim more than 20 years ago. Nama event pun dah tak ingat dah.


Ulang alik Sungai Petani to Gurun

Since Gurun tak banyak hotel, we all decided to stay di Sungai Petani, about 20km drive from Gurun. Malam di Sungai Petani alive sikit daripada Gurun, senang sikit kalau nak grab late night snack or lepak pekena coffee.


Second day Dinner @ Big Mouth Republic

Sempat juga makan di Big Mouth Republic Sungai Petani. Locals cakap kat sini serve antara the best western food in town. Kat sini je ada jumpa Cola Kedah tu, sempat snap gambar je, minum tak boleh, sure byk gula. Apa kelas makan western bila ke utara kan? Tapi kebanyakkan tempat makan yang kami jumpa either  ikan bakaq, laksa atau western jer. So belasah western dulu ... nak rasa jugak camne western food made in Utara. Cari-cari juga kalau ada kedai pasemboq, sampai ke sudah tak jumpa. 


Restoran D'Pohon, Guar Chempedak

Hajat hati nak ke Yan Pasembor, since perjalanan jauh sikit and ada colleague yg dah nak gerak balik kl, so kami singgah pekena ais kacang salji di kedai berhampiran dengan laluan masuk Gunung Jerai. Antara menu pilihan kami adalah laksa ikan sekoq, coq udang and of course ais kacang salji yang salju jer ... yang paling best ... boss belanja. 


Maksu Laksa Dapur Arang

Laksa is a must kalau ke Kedah kalau tak kira trip ni tak sah. Locals recommended kami pi kedai ni yang terletak di Gurun, berdekatan dengan tempat kerja kami. Laksa yang terbukti sedap dengan kuah likat pekat dicampuq dengan kepedasan yang secukupnya memang kena dengan selera. There goes my diet ... ke laut!


Peak @ Gunung Jerai

Sempat jugak kami singgah naik ke puncak Gunung Jerai sebelum balik. We all drive naik ke puncak yg jauhnya lebih kurang 12km dengan route yang agak sunyi dan adventurous. Dari puncak kita boleh nampak sawah padi terbentang luas dan of course nampak shore line yang memisahkan laut dan darat. Kalau ke sini, make sure beringat-ingat ye, kawasan agak keras. Jangan jadi macam kami yang encounter experience mistik balik dari Jerai ni. 


Catz: from kedah with love ...and mystical...

Monday, May 08, 2017

Taman Tasik Cempaka

Last weekend sempat bawa Doter jalan-jalan di Taman Tasik Cempaka. Selalu lalu di kawasan  ni tapi tak pernah singgah dan tak tau apa yang ada dalam taman ni.

Taman Tasik Cempaka terletak bersebelahan Kompleks PKNS, McDonalds dan Bangi Sentral. Macam taman-taman riadah yang lain, TTC juga ada jogging track, tasik dan taman permainan kanak-kanak. Kemudahan lain seperti parking dan tandas awam pun disediakan untuk orang ramai. Antara yang menarik di TTC adalah kemudahan menyewa basikal dan remote control cars untuk pengunjung meneroka taman selain berjalan kaki.


Trek laluan 10,000 langkah ... memang sesuai dengan aktiviti harian saya.


Ada beberapa kemudahan untuk menyewa basikal, remote control cars dan skuter. Ada pelbagai jenis basikal untuk pilihan pengunjung. 


Sewaan basikal orang dewasa bermula dengan RM10 untuk setengah jam, basikal kanak-kanak RM10 untuk disewa sehingga 7:00 PM. Sewaan untuk remote control cars adalah RM15 dan skuter RM25 untuk setengah jam.


Since Doter pilih nak naik "4WD", kami ikutkan aje. Pakai seat-belt dulu ... 


...and off we go ... penat juga la menapak ikut 4WD dia ni, ntah berapa kali tawaf sekitar taman ... 


Catz: definitely akan datang lagi, next time naik basikal pulak ... 

Sunday, May 07, 2017

Festival Bundle and Vintage, Bandar Baru Bangi

My Shuben is a fan of bundle and vintage. Pagi tadi, Shuben ajak jalan-jalan cuci mata di  Festival Bundle and Vintage di perkarangan parking lot bersebelahan Kompleks PKNS & McDonald Bandar Baru Bangi.

Festival ni memang sarat dengan barangan vintage dan preloved, banyak juga yang 'rare'. Memang heaven lah bagi peminat macam Shuben. Since I'm not into 'bundle' sangat, kira ok lah boleh cuci-cuci mata.


Tang ni lagi menarik minat saya dari bundle and vintage. Shuben pun dah lama mengidam nak pekena doyan, dapat lah rasa sikit walaupun harga takde lah murah mana. Saya masih dalam 'no sugar' mode, so tengok je la, ambik bau.


Antara barangan branded dan preloved yang dijual ... 


Seronok dua beranak ni jalan-jalan cuci mata, Ibu kat belakang asyik lap peluh je bawah panas terik 


Catz: kecor tgk Shuben pekena doyan ... 

Thursday, May 04, 2017

Apple Leadership and Learning Event

Hari ini saya berpeluang menghadiri Apple Leadership and Learning Event yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway.

Acara hari ini direka untuk memberi pendedahan kepada Educational Leaders tentang transformasi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Apple Technology serta memberi peluang kepada peserta untuk meneroka lanskap perubahan kandungan digital dalam pendidikan kini.


Gallery Walk - Salah seorang Certified ADE (Apple Distinguished Educator) sedang memberi penerangan tentang pengalaman dan bahan digital yang telah dibangunkan.


Breakout session 1 - Peserta didedahkan kepada aplikasi Classroom untuk iPad. Apps ini boleh diklasifikan sebagai powerful teaching assistant di dalam kelas.


Breakout Session 2 - Peserta dibawa untuk meneroka bagaimana mengaplikasikan transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan iTunes U


Catz: A very informative event

Tuesday, May 02, 2017

Meniti Titian Usang


Kita sibuk mengesot mengharung traffic jem, dia pun sibuk bawak family & friends menyeberang jalan. Scenario pagi tadi waktu berhenti di traffic light simpang ke Dengkel from Bangi Lama. Kita lucu tgk depa menyeberang, ntah-ntah mereka pun lucu tgk kita duduk dalam kotak besi mengesot-ngesot dalam jem.


Peratikan ekor yg depa guna utk balancekan body masa menyeberang.


Yg depan tu act macam ketua rombongan usha line & make sure semua ahli rombongan selamat melintas.



Catz: Nampak tak betapa jemnya waktu tu sampai sempat ambik gambar & buat ulasan 😀