Saturday, February 19, 2011

Eat Big - Part 2

Our big makan-makan continues! Selalunya Friday memang ada je la juadah yang dibawa oleh rakan-rakan untuk dikongsi bersama. Kadang-kadang mmg ada occassion tertentu, kadang2 takde occassion pun ... saja suka suki. So yesterday, ada orang belanja breakfast lagi. So we all ada 2 option untuk breakfast, nasi dagang or nasi berlauk, kuih koci and kek pun ada. Occassionnya? Sempena birthday KS jugak kot.

Belah petang pun ada makan-makan gak, tapi saya tak dapat nak join sbb Khalisya ada physio appointment. Dengarnya ada RV lagi ... hmm melepas laaaaa ....

Boleh tahan gak nasi dagang akak nih ... 

Ni la bilik paling havoc, bising, selalu org sebelah ketuk dinding, and yang paling ramai tetamu bertandang ... hehehe



Catz: melepas la RV huhu ... Happy Birthday K.Shikeen

Thursday, February 17, 2011

Eat Big - Part 1

Tengahari tadi our Birthday Gurl, Pn Shikeen Alias a.k.a Shopping_Mama telah belanja almost all the tribemates makan-makan di Red Wok, Bandar Baru Bangi. Bukan senang dapat berkumpul secara tak formal sebegini ramai untuk menjamu selera, orang belanja pulak tu. Menu yang dipilih amat sedap sehingga licin menjilat jari, even Hong Kong kailan with salted fish yang lambat sampai tu pun licin dijadikan dessert.

Balik from Red Wok, kami dikejutkan dengan satu lagi makan-makan, Pizza farewell party untuk salah seorang Programmer kami yang nak resign, dengor nya dapat better offer di stesen tv yg amat besau. So we all makan-makan lagi walaupun perut dah sarat kekenyangan.

Dengar-dengarnya esok ada makan-makan lagi ... hehehe ... tungguuuuuu .... Part 2


Ramai juga yang join ...


Ikan Siakap with Mango Salad - I likeeee


Catz: kekonon semua nak diet, cer citer cer citer ... cemana nak diet kalau asik makan jek?!

Monday, February 07, 2011

Red Velvet

We've been hearing about RV ni for quite sometimes. My colleague, KC, selalu cerita tentang rasanya yang enak dan unik. So di atas permintaan rakan-rakan seperjuangan, we all order la RV sebijik from KC's friend yang pakar tentang RV.

Memang sedap rasanya, seindah namanya 

To those yang teringin nak rasa, boleh la buat tempahan dengan http://cupcakekasih.blogspot.com/.




Catz: lain kali kena order lagi

Sunday, February 06, 2011

Balik Kampung Feb 2011 - Day 3

Early Sunday morning dah bangun packing-packing untuk balik KL. Takut nak bertolak lambat sebab highway for sure akan jam. Before pulang we all ke Peramu untuk breakfast kat satu kedai ni yang aduhai banyaknya food. Since dah banyak food yang dijual, so kena lah makan banyak jenis food jugak kan ...

Usai breakfast, we all teruskan perjalanan pulang. And seperti yang dijangka, ada beberapa tempat yang jammed especially bila dah hampir dengan Plaza Toll. Tiba-tiba sport car we all tu buat hal pulak, bila naik bukit, temperature sama sama naik jugak. So nak tak nak, aircond asyik kena off je la, bagi laluan untuk water pump tu kurangkan kerja untuk mengepam ketika naik bukit. Nasib baik Khalisya tak meragam, she behaved all the way, sampai la kat umah. The trip from Kuantan yang sepatutnya ambil masa around 2.5 hours tu dah jadi 6 hours sebab jammed. We all bertolak around 10:30am and arrived in Bangi around 4.00pm.


Baik betul anak ibu ni, main sorang-sorang and then tidur je along the way. So tak terasa la stress walaupun jammed teruk.


Ni orang dok sebuk jammed, dia dok sebuk merempit. Takde pulak highway troopers yang kejor.


Catz: bila la lagi nak gi bercuti ...

Saturday, February 05, 2011

Balik Kampung Feb 2011 - Day 2

Second day, pagi-pagi lagi Khalisya dah bangun siap-siap nak pegi wedding cousinnya Khairul Ain. Before ke wedding location, we all pekena breakfast lempeng kelapa ... pergh! walaupun simple aje dishnya tapi ... ada Ummph! Khalisya pun boleh habis suku keping ... Encik Suami tak usah cerita la, berkeping keping lempeng habis hehe. 

After the wedding, we all relax-relax minum petang kuih muih dan sata yang dibeli di Peramu. Selalunya saya tak gemar sangat sata, tapi yang ni sedap la pulak dan tak meloyakan tekak. Selesai minum, we all gerak ke Beserah Beach, jamu-jamu mata and rehat-rehatkan minda.




 Look how happy she was ... this amoi lealy syiok balik kg wooo. Bak kata both of the Acus, "Balik Kampong No Stless Woo".


This is my niece Khairul Ain and her hubby, semoga bahgia ke anak cucu. Err kalau U guys ada cucu, we all lak ada cicit la hehe. Err now all our cucus (I think we all have more than 10 cucus now) called us Tok Su and Wan Su, esok-esok ada cicit ... mau di panggey apa ya?


This is the first time Khalisya pegi beach. Encik Suami beriya nak introduce the beach and the sea to Khalisya. Khalisya was stunned bila kakinya dilanggar ombak ... sampai meleleh air liur tengok betapa banyaknya air laut, selalunya kolam dalam besen yang dia biasa berendam tu kecik je and air tak banyak.


She's so happy dapat main ombak. Selalunya kalau suruh berdiri, sesaat je dia dah nak duduk. This time around tak nak duduk-duduk sambil kakinya kuis kuis pasir pantai.


Bukan Khalisya je yang seronok. We all pun seronok jalan-jalan kat beach. Tu tiga orang at the bottom corner ... my nieces and SIL tengah investigate belangkas yang terdampar di tepi pantai.


Khalisya masih berdiri tak beralih-alih, so bila we all nak bergambar kena la pegi tempat dia berdiri. Err tu apasal pulak pegi pantai pakai baju kurung tuuuuuuu????

Catz: swonoknya bercuti ...

Friday, February 04, 2011

Balik Kampung Feb 2011 - Day 1

Dah lama tak ke Kuantan. Since my MIL dah berada di Kajang, so trip ke Kuantan tu hanya akan berlaku sekiranya ada kenduri kendara atau event tertentu aje. This week we all ke Kuantan untuk wedding our niece ... Khairul Ain.

Khalisya pun dah lama tak jalan jauh. The last time we all balik Kuantan, Khalisya belum pandai mengesot & tak berapa lasak. Now ni ... alahai lenguh ibu melayan dalam kereta ... memanjang, meniarap, mengesot, menonggeng ... semua aksi ada lah! cuma jalan je belum.

bukan boleh duduk diam ... tgk tu mana ada orang duduk dalam car seat mengadap belakang ... hehehehe


eppy je sebab dapat alan alan (jalan-jalan)

 Khalisya dengan Mak Andak & Acu nya ...


Catz: syok gak balik kg ....